IMAM ALI BIN ABI THALIB ADA MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W. BERSABDA,
'' APABILA ALLAH TAALA TIDAK MEMBERKATI HARTA SESEORANG MANUSIA ITU, IA DAPAT DILIHAT BAGAIMANA HARTA ITU DIHABISKAN SEUMPAMA MENAKUNG AIR DI TANAH. IA TIDAK MENINGGALKAN APA-APA KESAN SEKALIPUN.''
Perkataan air dan tanah pada hadis di atas lebih merujuk kepada perbuatan membina rumah sebagai tempat tinggal. Rasulullah s.a.w. tidak melarang umatnya membina rumah kediaman. Cuma baginda menegah umatnya membina rumah melebihi kemampuan mereka. Sebagai contoh, seseorang yang berpendapatan yang sangat kecil, tetapi membina rumah melebihi kemampuannya. Apatah lagi apabila rumah yang dibina itu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Apalah gunanya memiliki kediaman seindah istana jika penghuninya SOMBONG DAN BONGKAK. Malahan, ia tidak akan mendatangkan apa-apa feadah sekalipun kepada penghuninya. Apatah lagi feadah kepada orang-orang sekelilingnya. Jika tidak berhati-hati, kediaman yang sebegini boleh mendatangkan rasa MEGAH dan BANGGA DIRI kepada pemiliknya. Ia menyebabkan pemiliknya sombong dengan apa yang dimilikinya. Sifat sebegini tidak sepatutnya ada dalam diri setiap umat Islam. Ini kerana apa sahaja dimiliki tidak akan kekel bersama-sama kita. Apabila kita meninggal dunia kelak, semuanya akan ditinggalkan begitu sahaja, biar sebesar manapun kediaman yang kita miliki. Jika ia besar dan indah sahaja tanpa apa-apa tujuan yang bersifat Rohani dan pendidikan maka ia dikhuatiri tidak akan membantu pemiliknya di akhirat kelak.
Matlamat utama umat islam dalam mencari rezeki adalah untuk mendapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T. Berkat bermaksud apa sahaja yang kita lakukan dan yang kita kumpulkan semasa di dunia menjadi bekal keperluan di akhirat kelak. Dalam konteks ini, setiap manusia perlu seimbangkan keperluan dunia dan akhirat. Oleh itu, setiap umat islam perlu mencari keperluan hidup secara Halal semata-mata.
Salah satu petanda harta yang kita miliki itu tidak ada berkatnya adalah apabila dibelanjakan ke arah sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain.Pemiliknya mungkin membazirkan hartanya bebitu sahaja tanpa disedarinya. Harta yang berkat adalah harta yang memberikan manfaat bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada orang lain. Jika ia dibelanjakan, pemiliknya akan membelanjakan ke jalan yang baik. Ini soal berkat ataupun tidak berkat. Ia bukan soal sedikit ataupun banyak.
Rasulullah s.a.w menegah umatnya menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada pada diri mereka. Sebaliknya, baginda menggalakkan kekayaan yang ada pada seseorang itu dikongsi bersama-sama mereka yang memerlukan. Untuk itu, bagi mereka yang tergolong dalam golongan orang-orang yang berkemampuan, mereka diwajibkan mengeluarkan sebahagian daripada harta milik mereka untuk diberikan kepada golongan-golongan yang layak menerimanya. Harta-harta ini dikeluarkan dalam bentuk sedekah dan Zakat. Ini sebagai simbol membersihkan harta mereka daripada sesuatu yang Haram.
Isnin, 26 Oktober 2009
Kelebihan Surah Al-Ikhlas
dapat dari email En. Roslan...
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Selasa, 13 Oktober 2009
Beraya ke Rumah Qistina..
Lah....tak abis lagik citer pasal raya????
hehehehhe...mana buleh habis.....Syawal belum sampai ke penghujungnya lagik kan??
So kali nih aku just nak tunjuk gambar masa aku gi beraya umah qistina...aku pon dah tak ingat ari apa aku pegi..tapi yang pastinya malam...dan yang bestnya,kali nih qistina dah tak takut ngan orang ramai...selalu tuh dia just ok bila pandang muka family dia jek..kali nih dah boleh laa di dukung-dukung....agah-agah....hehehe...

Isnin, 12 Oktober 2009
Sesi beraya.....3
Isnin,5/10/2009 - After Maghrib,kami gi pulak "serang" umah Pn. Salina(my boss) hmmm....nih aku ngan kak zana laa yang bertanggungjawab suruh dia wat jamuan untuk kami-kami datang beraya....heheheh..
So after Maghrib,kami bertolak.aku angkut family aku termasuk mak ngan abah..saja jek..Sampai kat sana dalam kul 8.45malam. Actually nih 1st time aku sampai kat umah Pn. Salina nih...so agak rasa teruja lah..Maklumlah..aku nih mmg suka tengok umah orang..
Antara yang ada malam tu,Kak Zana & Family,Pian & Family,Bob,Pak Din,"Kak Ani" & his wife,Sazali anak Pak Ali,En. Syaiful Bahry,Kak Teh & Abg Nan..Hmm...antara menu malam nih :
- nasi goreng cina
-ayam bakar
-lemang ngan rendang
-puding karamel
-fruit koktail
-agar-agar
-air oren & teh o
Well,malam nih syafiq lak demam..mendadak jek panasnya..So sepanjang berada kat umah Pn. Salina tuh,dia nak berkepit jek ngan aku...Jadiknya,aku pon makan ala kadar jek laa kan..tak dapek makcik nak pulun lemang...Nasib baik laa time tuh ada orang yang baik hati tulung dukung syamer....
Erkkk....kali nih tak dapat nak tepek gambar....sebabnya....aku terlupa langsung nak snap gambar..yer laa..dah kelam kabut ngan syafiq...
takper laaa..next time ok???

Sesi Beraya.....2
Jumaat 2/10/2009-lepas waktu asar tu,aku pulak buat kenduri doa selamat sket untuk Syamer..
Antara menunya :
- mi kari
- agar-agar milo
- bihun goreng
- pulut & rendang daging
- kuih2 : karipap,kaswi dan seri muka
- air panas : teh o,kopi o & air oren pic
Alhamdulillah...ramai jugak yang datang petang tuh sebab kitorang ajak opismate sekali...Full house jugak laa jadiknya kat ruang tamu tuhh...heheheh...sori kengkawan...umah ku kecik..
So,jom tengok gambar-gambarnya yerr...

Abah and the geng.....

Officemate....yang paling ramai from department hubby
Rabu, 7 Oktober 2009
Sesi beraya....1
Malam 1 Oktober 2009,kami berkunjung plak ke rumah Kak Zana dan Abang Jamal..Kira sesi beraya laa nih...Kami dihidangkan dengan KFC...My fevereto tuh...Last year pon kak zana n abang jamal hidang KFC gak..kan???besh laa camnih....
Malas nak menulis banyak-banyak...tengok jer laa gambar-gambar nih yek..
Malas nak menulis banyak-banyak...tengok jer laa gambar-gambar nih yek..
Syamer dok lepak atas riba pak din
Dok berebut nak dukung syamer...
Antara yang hadir : Syila,Kak Teh,Abang Nan & Iwa
Makan...makan...
Tukang tangkap gambar...

Kak Liza & Kak Zana (pegang Syamer)
Jamuan Hari Raya 2009
Pada 1 Oktober 2009,opisku telah mengadakan Jamuan Hari Raya bagi meraikan staf-staf dan juga pekerja-pekerja kontrak yang terdapat di sekitar kawasan opis.Turut dijemput ialah pegawai-pegawai dari badan kerajaan dan Pengetua sekolah-sekolah di kawasan kami ni. Jamuan telah diadakan di Depoh Kenderaan.
Untuk kali ini,unit aku dan asrama telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan lemang dan jugak rendang daging..
Tengah nak hidangkan rendang...
Antara menu yang terdapat ialah :
-Lemang & Rendang
-Laksa
- Mi kari- Sate
- Bihun Goreng
- Nasi Impit dan Kuah Lontong
- Rojak buah
- Buah tembikai
- Roti Jala & Kuah Kari
- Cendol
- Teh susu & Air Sirap
- kuih-kuih raya
Fullamaakkk....banyaknya makanan... Disebabkan makanan yang terlalu banyak dan jugak faktor aku tengah tak sihat,so aku jamah sket2 jek laaa...
Posing dulu....
Sedondon
Bos,hubby dan En. Azahari
Sebahagian dari staf...
Staf Unit Fasiliti
Kontrol ayu.....
Apa pon, jamuan kali nih memang best lah....!!!
Langgan:
Catatan (Atom)