Haaa......hari nih genap syamer berumur 11 bulan...lagik sebulan jek dah nak masuk setahun..hmm..tak sabarnya...masuk 11 bulan nih nampaknya dah berjalan 1..2 step..tapi takleh lawan laa ngan qhaliff anak kak emmy...heheheh....lagik pantas berjalannya..
apa pon...chaiyukkk syamer...cepat2 leh jalan...nanti senang nak gi bawak main bola..
hmm..kalo syafiq dulu...masa dia berumur setahun,kami wat kenduri doa selamat...untuk syamer nih,tak sure lagik camner...tapi rasanya kalo sambut pon,maybe just untuk family lah kot..ada gak idea nak celebrate with qis....tapi tak tau laa camner....takder mintak pendapat dari mama qis pon lagik...heheheh...lagikpon....5/12/2009 nanti dah nak pi family day kat lost world of tambun plak..so kalo celebrate on 4/12/2009,takut letih sangat laa pulak...tengok ler camner nanti....susah2 sangat...beli jek kek sebijik...heheheh...(yang sebenarnya,mama syamer yang beriya nak posing potong kek adik mamer)
Khamis, 5 November 2009
Rabu, 4 November 2009
Dah 6 tahun...
sedar tak sedar.....rupa2nya dah 6 tahun aku bekerja kat sini.... alhamdulillah....
ingat lagi masa aku mendaftar diri..time tuh aku sama2 masuk keje ngan abang din n arwah kejoi...same day...3/11/2003..
aku sangat2 bersyukur dapat keje kat sini.....sebabnya???
banyak sebabnya....satunya,takder laa aku mengganggur lagik....keduanya,dekat ngan umah mak abah..heheh..senang hati laa depa bila aku ada kat depan mata...ketiga....kat sini laa aku jumpa ngan hubby kesayangan aku..heheheh....
semoga terus maju...amin..
***** tak larat nak update panjang2...tengah migrain daaa....

Isnin, 2 November 2009
Perhimpunan Bulanan - November 2009
Takder apa sangat laaa pesanan-pesanan yang disampai kan...Semua macam biasa-biasa jek..
Cuma bos suruh hafal lagu Wawasan Setia...hehhehe

***cantik lak gambar nih..tadi aku dah taip lirik dalam picture tuh...tapi takleh lak nak tempek kat sini..so aku ubuh gambar jek laaa..heheheh....

BERSATU KITA WARGA UiTM
KITA BANGSA PERKASA
TAAT DAN SETIA KU UNTUK NEGARA
PENUH SEMANGAT WAJA
KITA…
JANGAN MUDAH TERLUPA
PENGORBANAN PERJUANGAN
ANAK BANGSA
KITA…
JANGAN MUDAH TERLEKA
KEMAJUAN KEAMANAN
YANG ADA
KITA….
BERTERIMA KASIH
PADA PEMIMPIN-PEMIMPIN
NEGARA
KITA
RASA PENUH BERSYUKUR
KERAHMATAN, KEMULIAAN
DARINYA
KAMILAH PENDOKONG
PEWARIS BANGSA
KAMILAH PENDAULAT
BANGSA MALAYSIA
KAMILAH WARGA
BERWAWASAN
UNTUK…..
NEGARAKU…
KITA BANGSA PERKASA
TAAT DAN SETIA KU UNTUK NEGARA
PENUH SEMANGAT WAJA
KITA…
JANGAN MUDAH TERLUPA
PENGORBANAN PERJUANGAN
ANAK BANGSA
KITA…
JANGAN MUDAH TERLEKA
KEMAJUAN KEAMANAN
YANG ADA
KITA….
BERTERIMA KASIH
PADA PEMIMPIN-PEMIMPIN
NEGARA
KITA
RASA PENUH BERSYUKUR
KERAHMATAN, KEMULIAAN
DARINYA
KAMILAH PENDOKONG
PEWARIS BANGSA
KAMILAH PENDAULAT
BANGSA MALAYSIA
KAMILAH WARGA
BERWAWASAN
UNTUK…..
NEGARAKU…
Hafal..jangan tak hafal kome wehh...nanti bos marahhh!!!

***cantik lak gambar nih..tadi aku dah taip lirik dalam picture tuh...tapi takleh lak nak tempek kat sini..so aku ubuh gambar jek laaa..heheheh....
Khamis, 29 Oktober 2009
5S Oh 5S...
huhuhu....pening aku ngan 5S nih....
start dari minggu lepas rasanya kitorang memang pulun habih buat aktiviti and documentation
for 5S nih....hari nih,bila dah agak proper documentation dan semua2 yang aku restructure tuh,tetiba dapat berita yang PM suh rombak balik...!!!warghhhh........tension makcik macam nih..
bos aku pon baru jek lepas menjerit tension...hahahahah...
dah laa susah aku nak restructure zon-zon tuh...banyak karenah...info pon lambat jek dapat..
nih nak kena wat balik...isyh..isyh.....
bila laaa nak proper nih???
bertambah migrain lah aku tiap-tiap hari macam nih...

Berbakti Kepada Kedua Ibubapa
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Abu Hurairah r.a meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud : ”Kotor hidung seseorang dengan berlumuran tanah (maksudnya menjadi hina), kemudian menjadi hina pula, dan kemudian menjadi hina pula (hina di atas kehinaan) bagi seseorang yang sempat menemui seorang daripada kedua ibubapanya atau kedua-duanya ketika mereka sudah tua dan ia tidak dapat berbuat bakti kepada mereka yang akan melayakkannya menjadi penghuni syurga”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Keterangan
Berbakti kepada kedua ibubapa adalah merupakan perkara yang sangat dituntut oleh Islam. Allah S.W.T. Meletakkan kedudukan ibubapa di tempat kedua setelah beribadat kepadaNya seperti firman Allah S.W.T. :
Maksudnya: Dan Allah telah memberikan keputusan supaya kamu jangan menyembah kecuali hanya kepadaNya dan hendaklah kamu bebuat bakti kepada dua ibubapa.
(Surah al-Isra’ : 23)
Kedua ibubapa telah banyak bersusah payah dalam memelihara anak-anaknya. Pelbagai bentuk kesusahan dan penderitaan yang tidak dapat digambarkan dan terpaksa dilalui sepanjang proses tersebut. Pengorbanan demi pengorbanan telah dicurahkan kepada anak sehinggalah mereka membesar dengan sempurna serta menikmati kehidupan ini dengan baik. Sewajarnyalah mereka tidak melupakan bakti yang telah dicurahkan oleh ibubapa mereka. Sudah sampai masa dan ketikanya pula anak meluangkan sedikit masa untuk berbuat bakti kepada ibubapa dalam berbagai bentuk dan situasi.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
”Berbuat baiklah terhadap ibubapa kamu, pasti anak kamu akan berbuat baik terhadap kamu”.
(Hadis riwayat Hakim dan Tabrani).
Anak yang soleh sentiasa berbakti terhadap ibubapanya ketika masih hidup dan selalu berdoa untuk kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Ibubapa adalah anak kunci syurga, maka hendaklah kita jaga (awasi) anak kunci itu dan jangan sampai kita sia-siakan.
Apa yang menyedihkan kita, masih ada manusia yang tidak tahu menilai pengorbanan yang dilakukan oleh ibubapa. Penderhakaan dilakukan secara nyata dan jelas tanpa mengambil kira sedikit pun pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibubapa mereka.
Beberapa bentuk penderhakaan yang dilakukan oleh anak kepada ibubapa mereka, antaranya ialah:
1. Tidak mentaati perintah dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.
2. Mementingkan diri sendiri dan keluarga daripada mengambil tahu kehidupan ibubapa lebih-
lebih lagi ketika mereka memerlukan bantuan daripada anak.
3. Kasar ketika berinteraksi dengan ibubapa dan sering mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati
dan perasaan mereka.
4. Sampai hati menyalahkan ibubapa di atas masalah yang mereka hadapi.
5. Berasa hina dengan kemiskinan ibubapa setelah memperoleh kemewahan hidup.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata, seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku?. Baginda menjawab : Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi, kemudian siapa?. Baginda menjawab : Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi, kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi, kemudian siapa?. Baginda menjawab : Bapamu.
Dalam riwayat lain, dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku?. Nabi s.a.w. menjawab: Ibumu, lalu ibumu, lalu ibumu kemudian bapamu, kemudian yang lebih dekat dan seterusnya.
(Hadis riwayat Muslim)
Marilah kita semua bertekad dan berazam untuk meneruskan kebaktian kita kepada kedua ibubapa kita. Bagi mereka yang telah ketiadaan ibubapa, maka kebaktian disalurkan melalui doa, sedekah, melunaskan segala hutang piutang mereka dengan sesama manusia dan menjalin hubungan dengan mereka yang disukai oleh ibubapa semasa mereka hidup dahulu.. Bagi mereka yang ibubapa masih hidup, teruskan kebaktian ini dan pertingkatkan amalan tersebut sehinggalah ke akhir hayat mereka. Namun begitu pada masa yang sama sebarang bentuk penderhakaan terhadap mereka hendaklah dihindari kerana ia merupakan dosa besar selepas dosa syirik.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
Daripada Abi Asid al-Sa’adi bahawasanya seorang lelaki berkata; ”Wahai Rasulullah, apakah ada lagi daripada sesuatu kebajikan yang perlu aku lakukan kepada ibubapaku selepas matinya?”. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud : Ya, benar!!, berdoalah ke atas keduanya dan beristighfarlah untuk keduanya, laksanakanlah janji keduanya, hubungkanlah silaturrahmi dengan orang yang pernah dihubungi oleh keduanya serta hormatilah teman-teman keduanya”.
(Hadis riwayat Abu Daud)
Wallahu a’lam.

Rabu, 28 Oktober 2009
Tension!!!!!
hatiku tengah tak tenteram...serabut...takder mood...geram...dan macam-macam lagik laaa...
cuma air mata tak kuar lagik sebab rasanya still under control..
tapi..perlu ker aku rasa begini??
bukan ker aku seorang yang open minded???
but...i'm still a woman..
and as a woman...i hate all this "nonsense" thing....

I'm alone....
alahai....hari nih ku keseorangan lagik di pejabat...bos cuti...yang 2 orang lagik kursus pulak..
rasanya sejak akhir2 nih aku selalu jadik penunggu pejabat...
takper laaa...nak buat camner kan???
so hari nih aku kene wat keje-keje dalam pejabat jek laa...
ohh yerr.....kejap lagik staf dari bahagian Pelupusan HQ nak datang plak tuh...adehhh...malas betoi nak guide...lagikpon bukan bawah bidang aku tuh...
takper lah...kang aku panggil laa staf yang bertanggungjawab...heheheh....
dah..dah...gi sambung wat keje...

Langgan:
Catatan (Atom)