Jumaat, 25 Disember 2009

Bestnya mandi...

Semalam,23/12/2009...aku bercuti sebab ikut hubby nak gi Politeknik Sultan Azlan Shah,Tanjung Malim..Ada urusan yang perlu dibereskan...Kejap jek pon kat sana nya...tak turun dari kete pon sebab bebudak tuh tengah tido...

On way back,singgah kat Hot Spring Sg. Klah..Nak bawak bebudak nih gi mandi manda...Memandangkan nih 1st time kami datang ke sini,so memula tuh agak terpinga-pinga jugak...Yer laaa.....tak explore lagik kan....Sampai-sampai jek terus gi mandi kat kolam mata air gunung.Sejuknya...Memula tuh syafiq takut-takut jer nak mandi....tapi bila dah lama-lama...macam tak nak balik laa pulak...hahahah....adik mamer plak dari memula dah syiokk main air...yang bestnya,siap merangkak2 dalam air tuh...Cuma dia tak berjalan jek dalam air..takut jatuh kot..Aku pulak teringin nya nak naik gelongsor tuh,tapi orang ramai sangat...berebut-rebut...so kensel laaa...lagik pon dok jaga syamer ngan syafiq...

Tak lama lepas tu,kami gi kat area air panas lak...ada laluan batu refleksologi ngan air panas yang mengalir kat atasnya...best jalan atas tuh walaupun menyakitkan kaki!!Ada jugak kolam-kolam kecik yang berlainan suhu kepanasannya...Ada yang aku tahan nak masuk...ada yang tak tahan...Kalo yang panas tuh,masuk jek kaki dah rasa macam kene rebus..hehehe... Suhunya ada yang mencecah 40-50 Celcius...

Then,dah puas rendam2 kaki kat air panas,kami pun tukar baju laa...Alamak,rupanya ada lagik satu kolam laaa...kolam air panas....huhuhu....tak habih explore lagik rupanya tadi...Takper laaa...hubby kata next time kita datang lagik...kita ajak ramai2...baru best..

Oh yer....kalo nak dapatkan serba sedikit info,bleh klik kat sini yer... http://www.plantationresorts.com.my/HotSprings/index_ap.shtml

*****gambar????alahai....kamera ku udah rosak..makanya aku just snap gambar guna hp hubby...tapi..ntah bila dia nak upload...mungkin tahun depan kot...kekekkee....

Selasa, 22 Disember 2009

Hadis : Terbuka Hijab Sebelum Meninggal

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat." Ibn Umar r.a

Huraian :
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat."

Rabu, 16 Disember 2009

Tazkirah : Kemewahan harta dunia perlu diiringi kekayaan jiwa

Oleh : Nur Syahidah Abdul Jalil
Berita Harian, 15 Disember 2009

HARTA adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia sebagai ujian. Kaya dan miskin, adalah dua isu yang sering kita kaitkan dengan harta. Harta juga penyebab kepada kegembiraan, kebahagiaan juga menjadi alasan kepada permusuhan, dendam dan pertumpahan darah. Banyak teladan yang dikaitkan dengan dua isu ini seperti kisah Si Tenggang yang derhaka selepas menjadi kaya dan kisah Qarun yang enggan mengeluarkan zakat dan sebagainya.


Namun harus diingat bahawa kekayaan bukanlah sesuatu yang keji atau perlu dielakkan oleh umat Islam.Malah menurut Ibn Qayyum, kekayaan yang dimiliki seseorang itu membantunya melaksanakan kebaikan seperti menunaikan haji, bersedekah, membina masjid dan amalan baik lain. Jangan pula menganggap hidup dalam keadaan tidak berharta itu baik lantaran hati akan sering mahukan keselesaan dunia yang tidak diperoleh.

Sejak zaman berzaman manusia begitu mengejar kekayaan sehingga terlupa bahawa hatilah yang utama perlu dikayakan. Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari: "Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda, tetapi sebenar-benar kaya ialah kaya jiwa (hati)" . Kekayaan inilah yang patut dikejar oleh semua peringkat manusia sama ada yang berharta atau tidak berharta. Kaya jiwa adalah kaya dengan sifat kebaikan, kaya budi pekerti dan kaya harga diri. Kekayaan jiwa adalah kekayaan hakiki. Tidak ramai yang mempunyai kekayaan harta memiliki kekayaan jiwa. Kaya jiwa apabila imannya kukuh, hatinya kental dalam apa juga keadaan. Bila seseorang itu kaya hati, miskin atau kaya keadaannya sama saja. Sama sekali tidak menyusahkan hatinya atau menggugatkan jiwanya.

Namun adalah sangat malang jika miskin harta datang bersama dengan miskin jiwa. Miskin jiwa bukan hanya tidak pernah bersyukur dengan harta yang sedikit kita miliki atau keengganan membuat amal kebajikan. Miskin jiwa juga adalah sikap buruk yang menjadi amalan hari demi hari. Kejadian ragut adalah cerminan manusia yang jiwanya miskin dan kosong. Sudahlah miskin harta kerana mendorongnya melakukan ragut, hatinya juga miskin kerana sanggup membunuh demi secebis harta yang sedikit itu. Miskin jiwa ini sangat berbahaya kerana boleh menghinggapi segenap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin, pangkat atau darjat. Ini kerana jiwa yang miskin boleh mendorong kita melakukan penindasan, permusuhan dan jenayah kerana hati tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki apatah lagi untuk berasa cinta dan belas kepada sesama manusia.

Pendidikan adalah aspek yang penting dalam usaha memurnikan jiwa insani. Pemurnian jiwa dalam masyarakat bukan hanya melalui ceramah atau kuliah sebaliknya melalui pergaulan, pemerintahan, bantuan serta mengambil berat sesama kita. Anak-anak pula perlu didedahkan bukan sekadar dengan didikan akademik malah perlu kepada didikan agama dan moral. Hal ini supaya jiwa mereka tidak kosong seterusnya menjadikan mereka insan yang berguna dan kaya jiwanya pada masa hadapan.

Kayakanlah jiwa kita dengan rasa takwa, syukur, ikhlas, belas serta menghormati orang lain. Jangan ditunggu orang lain mengubah sikap masing-masing terlebih dulu ataupun menunggu orang lain untuk mengubah sikap kita. Sesungguhnya rugilah bagi mereka yang hanya mengejar harta dunia tetapi miskin jiwanya kerana tiada tempat baginya di samping orang yang dikasihi Allah.

Isnin, 14 Disember 2009

Selamat Hari Jadi Mak

Bulan Disember nih banyak betoi hari jadi orang-orang yang berada di sekeliling aku ekk...
So for today,14 Disember 2009,besday mak pulak....Selamat Hari Jadi Mak..

Cadangnya nak bawak gi makan-makan malam nih...tapi abahku pulak ada aktiviti tazkirah kat surau...So kalo tak bawak abah gi sekali,tak syiok pulak kan....Lagikpon,Syafiq still demam lagi...dah 2 hari dia demam...Jadinya,mungkin agenda makan-makan nih akan ditunda..

Apa-apa pon,semoga mak dipanjangkan umur dimurahkan rezeki...sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik..Sayang mak....muahhsss...

***gambar akan diupload kemudian ekk...

Selasa, 8 Disember 2009

Selamat Hari Jadi Qistina

Haaa....dah besar rupanya anak dara si Feezah nih....dah setahun dah...dah boleh dapat adik nih..
heheheh....Oh yer..Untuk pengetahuan,beza umur Qis ngan Syamer 3 hari jek...Syamer 4/12/2008 dan Qis pulak 7/12/2008.
Well...aku risik2 gak arituh,bila qis nak potong kek nya...sesaja edisi nyibuk...mana taknya,segala rancangan aku untuk celebrate besday Syamer hancur...so kalo dapat tumpang makan kek Qis pon okey laa tuh...kan??

Kebetulan tak lama lagik pakcik nya si Qis nih nak kawen..so aku suggestkan suh mamanya wat potong kek sekali time acara potong kek nanti...yer laaa..time tuh kaum kerabat depa tengah ramai..sure meriah kan???

Hmm..ikut pengalaman aku,time bebudak nih sambut besday setahun,depa bukan reti apa pon lagik...tapi sebagai mak,kita yang over excited...hehehe...biasa laa tuh...menghargai pengorbanan kita dan mengenangkan detik2 kita melahirkan mereka setahun yang lepas...yer dak??

Okey laaa....Hepi Besday untuk Qistina Safiah..Semoga menjadi anak yang baik,pintar,beriman serta berjasa kepada agama,bangsa dan negara..amin.

Qistina Safiah...

Lah...pandang ke mana pulak budak berdua nih??Tengok kamera laaa...

Sabtu, 5 Disember 2009

Selamat Hari Jadi Syamer

Alhamdulillah...hari nih 4 Disember 2009,genap Muhammad Nawwaf Syamer berusia setahun..So far perkembangan terkini nya,just baru berjaya berjalan 5 step...aiyark...adik mamer,bila nak berjalan nih??

So petang semalam,gi la cari kek yang simple-simple kat area dekat umah..malas nak gi jejauh sebab letih..ayahnya baru balik berkursus..So bila dah beli kek tuh..konon-kononnya nak simpan laa untuk potong hari nih...sekali si Syafiq lak yang sibuk-sibuk suh potong gak kek tuh...kalo boleh,lepas jek beli tuh,terus nak potong....Adoi laaa..jenuh pulak nak memujuk suh tunggu malam baru potong....Over excited lak si Syafiq nih...Bila cakap kat dia yang kek tuh untuk Syamer,dia terus cakap " kek tuh afiq punya laa..."

So bila pasang lilin apa semua....bukan Syamer yang tiup...Syafiq yang buat semua tuh bagi pihak Syamer ok...heheheh....tak kisah laaa...Syamer pon bukan reti wat apa-apa...

Oh yer...sebelum tu,majlis potong kek syamer nih just wat simple-simple jek sebab ayahnya tengah nak menghadapi peperiksaan final..So segala perancangan aku untuk celebrate besday adik mamer pon nampaknya kene tangguh dulu ler kot...

See....syafiq yang pegang pisau potong kek...

Tangan si Syafiq jugak yang tengah potong kek...

Apa-apa pun,selamat hari jadi untuk Nawwaf Syamer...semoga menjadi anak yang soleh,pintar dan taat kepada agama,keluarga dan menjadi insan yang berguna..amin.Untuk abang Syafiq pon sama jugak laaa...

Untuk ayah pulak,selamat menghadapi peperiksaan..Semoga dapat jawab semua soalan dengan mudah dan dapat keputusan yang baik..

Jumaat, 4 Disember 2009

Sudut Sudut Sudut

haaa...mesti ramai tertanya-tanya....sudut apa plak nih...?? hehehheh...
saja-saja jek aku nak letak gambar sudut (notice board) kat area opis aku nih....takder keje ler tuu.....(~_*)

Nih kat dalam opis aku...

Nih pulak sudut 5S Kumpulan Hotelier

Ni Sudut 5S Induk


Nih Sudut 5S Zon Wawasan

Dan yang akhirnya...Sudut 5S Kumpulan Dinar