Khamis, 31 Disember 2009

Minggu yang sibuk!!

Hmm...kalo ada yang perasan,lately aku banyak post siri-siri tazkirah jek kan...Yer laaa...dah copy paste jek..hehehe...keje senang...
Sebenarnya minggu nih kami kat opis dalam fasa sibuk...Masa tengah berhibernasi kat opis...dok menyiapkan keje-keje sebelum 31 Disember 2009..Haaa...closing account maa...So kami kene kejar laa mana-mana unit yang lambat hantar dokumen untuk payment tuh....haiyaaa...sangat lambat laaa..nanti bos marah ooo...bos sudah kasi amaran-chase payment ok...

28/12/2009
Aku sepatutnya menjadi urusetia untuk Kursus Asas 5S Siri 2.Tapi memandangkan aku kene wat proses payment,makanya aku melepaskan mohor keurusetiaan aku pada Incik Musa dan Incik Shaharuddin...Thanks yaa sebab tolong cover aku...

29/12/2009
Kursus Asas 5S Siri 2 tak habih lagik...Aku just pegi tengok kejap2 jek...Sekadar tunjuk muka...hehehe.....Hari nih banyak lak nak kene wat penggantian cek batal...kene jernel bagai..disamping payment-payment yang lain...

30/12/2009
Pon tak habih lagik aku memproses cek dan baucer...Disamping itu,aku membantu melengkapkan dokumentasi 5S Kumpulan Dinar..Sebab esok audit kumpulan...This time kami tak target menang pon...Yer laaaa...Kumpulan kami kan tengah fasa SIBUK!!!Apa-apa jer laa labu...

31/12/2009
Audit Dalaman 5S Siri 3....Start pukul 8.30 pagi dengan taklimat pembukaan audit...Aku kene attend sama tuh.....So bila time depa nak audit tuh,aku blah laa kot...Balik opis....Boleh gak siapkan keje..Bukan apa,rasa dah serik nak melibatkan diri sangat with audit team....nanti aku kene fire lagik...Kang ada lagik suara-suara sumbang kata aku nak sabotaj kumpulan depa walhal in reality,i'm just helping them because they are confusing with the criteria and ask me to teach them how to calculate the marks...Dengan niat nak tolong pon,aku kene marah jugak....sedihkan????Ina...behave yourself ok??? Don't override the limits because you not the auditor... dah...dah..wake up....jangan dok melalut.....heheheh...sorry guys..
Hmmm..bila dah pembentangan hasil auditan esok,baru aku join balik....
Errr...dijangkakan jugak esok kami-kami (aku,Safariza n Puan Salina) akan balik lambat dari biasa sebab nak closing account....Apa yang penting,aku harap esok line takder laa slow...Kalo slow jugak,mau kene campak pc nih....hahahah....

wokeh laaa..back to work...

Selasa, 29 Disember 2009

Hadis : Beramal dengan Surah Al-Kahfi

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Huraian :
Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.

Jumaat, 25 Disember 2009

Hadis : Menjaga Kemuliaan Rasulullah

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri-menteriku, mertua-mertua dan menantu-menantuku, juga penolong-penolongku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah diatasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan juga sebarang tebusan." 'Uwaimi bin Sa'idah

Huraian :

Pengajaran hadith:
i) Sahabat-sahabat Rasulullah adalah orang-orang yang hidup sezaman dengan baginda.
Ii) Mereka merupakan pembantu-pembantu baginda yang berkerjasama dengan sepenuh hati dalam menyampaikan ajaran Islam serta mengembangkannya. Oleh itu mereka adalan orang yang layak mendapat kemuliaan dan penghormatan daripada seluruhumat Islam.
Iii) Sesiapa yang mencaci salah seorang daripada para sahabat Rasulullah s.a.w bererti ia telah mengengkari serta mendustakan kelebihan sahabat baginda yang telah perakui oleh baginda sendiri dan dengan itu bermakna dia juga telah memutuskan hubungannya dengan baginda.
Iv) Cacian terhadap sahabat Rasulullah s.a.w adalah meliputi apa jua perkataan yang menyentuh sifat peribadi, aliran faham mazhabnya dan fahaman siasahnya kerana antara seorang sahabat dengan seorang sahabat baginda yang lain, mereka berlainan pendirian tetapi mempunyai alasan yang kukuh (penuh tanggungjawab dan pertimbangan akal yang sihat) untuk berbuat demikian.
v) Sesiapa yang didapati mencaci atau melaknat sahabat-sahabat baginda ia akan ditimpa laknat daripada Allah dan malaikat-Nya.

Bestnya mandi...

Semalam,23/12/2009...aku bercuti sebab ikut hubby nak gi Politeknik Sultan Azlan Shah,Tanjung Malim..Ada urusan yang perlu dibereskan...Kejap jek pon kat sana nya...tak turun dari kete pon sebab bebudak tuh tengah tido...

On way back,singgah kat Hot Spring Sg. Klah..Nak bawak bebudak nih gi mandi manda...Memandangkan nih 1st time kami datang ke sini,so memula tuh agak terpinga-pinga jugak...Yer laaa.....tak explore lagik kan....Sampai-sampai jek terus gi mandi kat kolam mata air gunung.Sejuknya...Memula tuh syafiq takut-takut jer nak mandi....tapi bila dah lama-lama...macam tak nak balik laa pulak...hahahah....adik mamer plak dari memula dah syiokk main air...yang bestnya,siap merangkak2 dalam air tuh...Cuma dia tak berjalan jek dalam air..takut jatuh kot..Aku pulak teringin nya nak naik gelongsor tuh,tapi orang ramai sangat...berebut-rebut...so kensel laaa...lagik pon dok jaga syamer ngan syafiq...

Tak lama lepas tu,kami gi kat area air panas lak...ada laluan batu refleksologi ngan air panas yang mengalir kat atasnya...best jalan atas tuh walaupun menyakitkan kaki!!Ada jugak kolam-kolam kecik yang berlainan suhu kepanasannya...Ada yang aku tahan nak masuk...ada yang tak tahan...Kalo yang panas tuh,masuk jek kaki dah rasa macam kene rebus..hehehe... Suhunya ada yang mencecah 40-50 Celcius...

Then,dah puas rendam2 kaki kat air panas,kami pun tukar baju laa...Alamak,rupanya ada lagik satu kolam laaa...kolam air panas....huhuhu....tak habih explore lagik rupanya tadi...Takper laaa...hubby kata next time kita datang lagik...kita ajak ramai2...baru best..

Oh yer....kalo nak dapatkan serba sedikit info,bleh klik kat sini yer... http://www.plantationresorts.com.my/HotSprings/index_ap.shtml

*****gambar????alahai....kamera ku udah rosak..makanya aku just snap gambar guna hp hubby...tapi..ntah bila dia nak upload...mungkin tahun depan kot...kekekkee....

Selasa, 22 Disember 2009

Hadis : Terbuka Hijab Sebelum Meninggal

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat." Ibn Umar r.a

Huraian :
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat."

Rabu, 16 Disember 2009

Tazkirah : Kemewahan harta dunia perlu diiringi kekayaan jiwa

Oleh : Nur Syahidah Abdul Jalil
Berita Harian, 15 Disember 2009

HARTA adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia sebagai ujian. Kaya dan miskin, adalah dua isu yang sering kita kaitkan dengan harta. Harta juga penyebab kepada kegembiraan, kebahagiaan juga menjadi alasan kepada permusuhan, dendam dan pertumpahan darah. Banyak teladan yang dikaitkan dengan dua isu ini seperti kisah Si Tenggang yang derhaka selepas menjadi kaya dan kisah Qarun yang enggan mengeluarkan zakat dan sebagainya.


Namun harus diingat bahawa kekayaan bukanlah sesuatu yang keji atau perlu dielakkan oleh umat Islam.Malah menurut Ibn Qayyum, kekayaan yang dimiliki seseorang itu membantunya melaksanakan kebaikan seperti menunaikan haji, bersedekah, membina masjid dan amalan baik lain. Jangan pula menganggap hidup dalam keadaan tidak berharta itu baik lantaran hati akan sering mahukan keselesaan dunia yang tidak diperoleh.

Sejak zaman berzaman manusia begitu mengejar kekayaan sehingga terlupa bahawa hatilah yang utama perlu dikayakan. Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari: "Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda, tetapi sebenar-benar kaya ialah kaya jiwa (hati)" . Kekayaan inilah yang patut dikejar oleh semua peringkat manusia sama ada yang berharta atau tidak berharta. Kaya jiwa adalah kaya dengan sifat kebaikan, kaya budi pekerti dan kaya harga diri. Kekayaan jiwa adalah kekayaan hakiki. Tidak ramai yang mempunyai kekayaan harta memiliki kekayaan jiwa. Kaya jiwa apabila imannya kukuh, hatinya kental dalam apa juga keadaan. Bila seseorang itu kaya hati, miskin atau kaya keadaannya sama saja. Sama sekali tidak menyusahkan hatinya atau menggugatkan jiwanya.

Namun adalah sangat malang jika miskin harta datang bersama dengan miskin jiwa. Miskin jiwa bukan hanya tidak pernah bersyukur dengan harta yang sedikit kita miliki atau keengganan membuat amal kebajikan. Miskin jiwa juga adalah sikap buruk yang menjadi amalan hari demi hari. Kejadian ragut adalah cerminan manusia yang jiwanya miskin dan kosong. Sudahlah miskin harta kerana mendorongnya melakukan ragut, hatinya juga miskin kerana sanggup membunuh demi secebis harta yang sedikit itu. Miskin jiwa ini sangat berbahaya kerana boleh menghinggapi segenap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin, pangkat atau darjat. Ini kerana jiwa yang miskin boleh mendorong kita melakukan penindasan, permusuhan dan jenayah kerana hati tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki apatah lagi untuk berasa cinta dan belas kepada sesama manusia.

Pendidikan adalah aspek yang penting dalam usaha memurnikan jiwa insani. Pemurnian jiwa dalam masyarakat bukan hanya melalui ceramah atau kuliah sebaliknya melalui pergaulan, pemerintahan, bantuan serta mengambil berat sesama kita. Anak-anak pula perlu didedahkan bukan sekadar dengan didikan akademik malah perlu kepada didikan agama dan moral. Hal ini supaya jiwa mereka tidak kosong seterusnya menjadikan mereka insan yang berguna dan kaya jiwanya pada masa hadapan.

Kayakanlah jiwa kita dengan rasa takwa, syukur, ikhlas, belas serta menghormati orang lain. Jangan ditunggu orang lain mengubah sikap masing-masing terlebih dulu ataupun menunggu orang lain untuk mengubah sikap kita. Sesungguhnya rugilah bagi mereka yang hanya mengejar harta dunia tetapi miskin jiwanya kerana tiada tempat baginya di samping orang yang dikasihi Allah.

Isnin, 14 Disember 2009

Selamat Hari Jadi Mak

Bulan Disember nih banyak betoi hari jadi orang-orang yang berada di sekeliling aku ekk...
So for today,14 Disember 2009,besday mak pulak....Selamat Hari Jadi Mak..

Cadangnya nak bawak gi makan-makan malam nih...tapi abahku pulak ada aktiviti tazkirah kat surau...So kalo tak bawak abah gi sekali,tak syiok pulak kan....Lagikpon,Syafiq still demam lagi...dah 2 hari dia demam...Jadinya,mungkin agenda makan-makan nih akan ditunda..

Apa-apa pon,semoga mak dipanjangkan umur dimurahkan rezeki...sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik..Sayang mak....muahhsss...

***gambar akan diupload kemudian ekk...