Khamis, 28 Januari 2010

Appointment dengan doktor

Tadi kami bawak Syafiq gi hospital..temujanji ngan doktor orthopedic...Sampai sana dalam kul 9.30 pagi....Ya Allah...ramainya manusia.....Pukul berapa laa baru dapat turn nih nanti???
So sampai sana..aku bergegas dapatkan troli...Disebabkan takder pengalaman...so sana sini jugak ler untuk dapatkan bantuan....Bila dah dapat...then bawak Syafiq gi register....time tuh aku sensorang diri tolak strecher....sebab ayahnya gi parking kete...kat situ kan susah nak parking...Bila masuk jek kat klinik ortho tuh...Syafiq dah meraung...alahai...sumer orang dok pandang....Yer laa....kitorang jek yang guna strecher....yang lain dok atas wheelchair jek....

Puas jugak aku dok pujuk Syafiq...sebab bila nak register tuh aku kene tinggalkan dia kejap...Tapi dia still meraung jugak...At last,ada doktor tuh datang tolong aku...Dia kesian agaknya tengok aku dok kelam kabut pujuk Syafiq....So dia yang tolong register...n tolak strecher ke Unit X-Ray...Thanks to Dr. Faiz...

Bila dah x-ray,gi balik ker Klinik Ortho...satu hal lak....nombor kami dah lepas ker belum...kaunter lak tuh asyik sesak jek....At last,Dr. Zairul Anuar(Specialist) datang n terus ambik kes Syafiq nih....Fuhhh...lega....then baru ler urusan untuk Syafiq nih berjalan dengan pantasnya.....

Alhamdulillah...tulang dia tuh dah berkembang dan tumbuh dengan baik...But doc kata,terlalu awal nak bukak simen tuh...So doc kata....tunggu ler lagik 3 minggu baru bukak simen...19/2/2010 nanti kene gi lagik laa jumpa Dr. Zairul...Hopefully Syafiq akan recover dengan cepat...Amin.

Rabu, 27 Januari 2010

Menghitung hari...

Pertama-tamanya tahniah ku ucapkan pada incik suami atas kenaikan pangkat....Tapi kenaikan pangkat nih disusuli dengan pertukarannya ke Shah Alam.Memula dapat beritu tuh.....tersentap jugak...yer laaa.....time tu kat hospital..dengan Syafiq nya yang tengah macam tu...Sebab Syafiq close sangat ngan ayah dia...so bila dapat berita tuh,jadi gundah gulana jap....Macam mana laa aku nak handle bebudak nih nanti....Kalau sebelum nih,just hujung minggu jer ayahnya takder- gi kelas....nih...sepanjang minggu...huhuhu....mampukah aku???

Tapi bila fikir secara rasional...ada hikmahnya semua nih....So aku pun merelakan perpindahan hubby ku...Insya Allah...aku akan handle semuanya kat sini dengan baik...Dan langkah permulaan,aku tengah memahirkan diri bawak kete balik...hehehehe....Dah lama tak bawak beb...gentar jugak...

Oh yaaa...bila dapat tau suamiku akan berpindah,maka ramai jugak laa yang bertanya "Nko ikut jugak laa yek??" Haaa....kat sini aku nak bagitau....yang aku tak ikut hubby ku ke sana...Aku akan terus berkhidmat di sini...Dan insya allah...suami ku yang akan balik menjenguk kami hujung minggu...

Apapun...selamat berjaya untuk suamiku yang akan bertugas di tempat baru...Semoga lebih banyak ilmu dan pengalaman yang dapat diraih...

Rabu, 20 Januari 2010

Ujian dari Allah

Hmm...lamanya aku tak jenguk umah nih kan....Nih pon aku curi-curi masa kejap...Mencoret seringkas yang mungkin...

Pada kawan-kawan yang tak henti-henti memberikan sokongan,semangat serta kata-kata perangsang di saat kami sekeluarga bersedih dengan musibah,terima kasih yang tak terhingga..Sesungguhnya doa serta kata-kata semangat kalian ibarat air hujan yang menitis di tanah yang kering kontang...Bila jiwa tengah bersedih,kata-kata tersebut menjadi penenang dan penyejuk jiwa...

Sejak Syafiq keluar hospital,ramai yang datang menziarah...terutamanya hari Sabtu dan Ahad baru-baru ni..Walaupon kadang-kadang rasa teramat penat,tapi setiap tetamu yang datang ke rumah kita tuh membawa rahmat kan..??Makanya aku gagahkan jua untuk menjamu walaupon sekadar air teh o ngan biskut kering...bak kata suamiku,orang yang datang nih nak menziarah...bukan mengharapkan dapat makan sedap-sedap.. Haaa..yer laaa...tapi tak best laa jugak rasanya kalo tak dihidangkan apa-apa kan..?

Bila dalam keadaan begini,kami akur..setiap kegembiraan akan tercalit jua kedukaan...dan setiap musibah yang menimpa,insya Allah ada hikmah disebaliknya...
bermula dengan suami ku dapat result final examnya (lulus semestinya...), kami sekeluarga tersentap bila Syafiq patah peha kirinya...Kaedah demi kaedah digunakan untuk memulihkannya....dari pembedahan pertama hingga terpaksa pula menjalani pembedahan kedua (emergency) atas beberapa faktor...Di saat aku menjaga Syafiq di hospital,dapat pulak berita yang suamiku akan bertukar ke Shah Alam...Ya Allah...satu demi satu ujianMu buat hambaMu yang lemah ini...

Jumaat, 1 Januari 2010

31 Disember 2009

Alhamdulillah...audit dah selesai dilaksanakan...Keputusan pon dah dapat..Seperti yang dijangkakan,kami dapat tempat yang last...heheheh....Telah dijangkakan..nasib laaa....buat audit memang wrong timing....So kami lebih beri tumpuan pada keje-keje nak closing account berbanding nak pikir2 pasal 5S...Kan dah cakap....we cannot give commitment....but bos yang nak jugak wat audit 5S....So takyah laa pura-pura terkejut and asking..Why???Why??? Very funny laaaa....

Apa-apa pon,kami terima kekalahan dengan hati yang terbuka...Tak perlu laa nak melatah cam bebudak kecik lak..masing-masing dah matang..kan??Dan memang kami admit,banyak benda yang kami tak buat and not improved...So please take not lah with all this kekurangan...And take this as a challenge...

Erkk....sebenarnya aku tengah pulun wat payment nih...tapi server lak tengah hang...hopefully jangan laa sangkut terus...kalo tak,naya makcik...

In advance,nak ucapkan...Selamat Tahun Baru..dah bertambah usia aku lagik setahun..
Opss...lupa plak....Hari nih hubby kesayangan ku itu telah mendapat keputusan final exam nya...
Alhamdulillah....lulus semua paper...tahniah ekk bang...So after this leh laa riki tempat nak sambung lagi..

Oklah...Happy New Year....Apa azam tahun baru???Tungguu......

Khamis, 31 Disember 2009

Minggu yang sibuk!!

Hmm...kalo ada yang perasan,lately aku banyak post siri-siri tazkirah jek kan...Yer laaa...dah copy paste jek..hehehe...keje senang...
Sebenarnya minggu nih kami kat opis dalam fasa sibuk...Masa tengah berhibernasi kat opis...dok menyiapkan keje-keje sebelum 31 Disember 2009..Haaa...closing account maa...So kami kene kejar laa mana-mana unit yang lambat hantar dokumen untuk payment tuh....haiyaaa...sangat lambat laaa..nanti bos marah ooo...bos sudah kasi amaran-chase payment ok...

28/12/2009
Aku sepatutnya menjadi urusetia untuk Kursus Asas 5S Siri 2.Tapi memandangkan aku kene wat proses payment,makanya aku melepaskan mohor keurusetiaan aku pada Incik Musa dan Incik Shaharuddin...Thanks yaa sebab tolong cover aku...

29/12/2009
Kursus Asas 5S Siri 2 tak habih lagik...Aku just pegi tengok kejap2 jek...Sekadar tunjuk muka...hehehe.....Hari nih banyak lak nak kene wat penggantian cek batal...kene jernel bagai..disamping payment-payment yang lain...

30/12/2009
Pon tak habih lagik aku memproses cek dan baucer...Disamping itu,aku membantu melengkapkan dokumentasi 5S Kumpulan Dinar..Sebab esok audit kumpulan...This time kami tak target menang pon...Yer laaaa...Kumpulan kami kan tengah fasa SIBUK!!!Apa-apa jer laa labu...

31/12/2009
Audit Dalaman 5S Siri 3....Start pukul 8.30 pagi dengan taklimat pembukaan audit...Aku kene attend sama tuh.....So bila time depa nak audit tuh,aku blah laa kot...Balik opis....Boleh gak siapkan keje..Bukan apa,rasa dah serik nak melibatkan diri sangat with audit team....nanti aku kene fire lagik...Kang ada lagik suara-suara sumbang kata aku nak sabotaj kumpulan depa walhal in reality,i'm just helping them because they are confusing with the criteria and ask me to teach them how to calculate the marks...Dengan niat nak tolong pon,aku kene marah jugak....sedihkan????Ina...behave yourself ok??? Don't override the limits because you not the auditor... dah...dah..wake up....jangan dok melalut.....heheheh...sorry guys..
Hmmm..bila dah pembentangan hasil auditan esok,baru aku join balik....
Errr...dijangkakan jugak esok kami-kami (aku,Safariza n Puan Salina) akan balik lambat dari biasa sebab nak closing account....Apa yang penting,aku harap esok line takder laa slow...Kalo slow jugak,mau kene campak pc nih....hahahah....

wokeh laaa..back to work...

Selasa, 29 Disember 2009

Hadis : Beramal dengan Surah Al-Kahfi

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Huraian :
Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.

Jumaat, 25 Disember 2009

Hadis : Menjaga Kemuliaan Rasulullah

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri-menteriku, mertua-mertua dan menantu-menantuku, juga penolong-penolongku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah diatasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan juga sebarang tebusan." 'Uwaimi bin Sa'idah

Huraian :

Pengajaran hadith:
i) Sahabat-sahabat Rasulullah adalah orang-orang yang hidup sezaman dengan baginda.
Ii) Mereka merupakan pembantu-pembantu baginda yang berkerjasama dengan sepenuh hati dalam menyampaikan ajaran Islam serta mengembangkannya. Oleh itu mereka adalan orang yang layak mendapat kemuliaan dan penghormatan daripada seluruhumat Islam.
Iii) Sesiapa yang mencaci salah seorang daripada para sahabat Rasulullah s.a.w bererti ia telah mengengkari serta mendustakan kelebihan sahabat baginda yang telah perakui oleh baginda sendiri dan dengan itu bermakna dia juga telah memutuskan hubungannya dengan baginda.
Iv) Cacian terhadap sahabat Rasulullah s.a.w adalah meliputi apa jua perkataan yang menyentuh sifat peribadi, aliran faham mazhabnya dan fahaman siasahnya kerana antara seorang sahabat dengan seorang sahabat baginda yang lain, mereka berlainan pendirian tetapi mempunyai alasan yang kukuh (penuh tanggungjawab dan pertimbangan akal yang sihat) untuk berbuat demikian.
v) Sesiapa yang didapati mencaci atau melaknat sahabat-sahabat baginda ia akan ditimpa laknat daripada Allah dan malaikat-Nya.