Khamis, 1 Julai 2010

Bangun tengah malam

Sejak akhir-akhir nih,Syamer suka betul terjaga tengah malam atau sebelum subuh..Masalahnya,dia bukan nak cari susu....Tapi dia akan ajak aku ke peti ais..
Dia nak minum air sejuk....alahai...Selagi tak bagi,selagi tu laa dia akan merengek...

So selalunya aku akan bagi laa dia minum sikit...Lepas dah minum tuh,kadang-kadang dia mau tidur terus...Kalo tak,dia suruh bukak tv...takpon dia suh ambikkan permainan...
Huhuu...lotih makcik camnih kalo tetiap malam...

Dah ler sekarang nih asal dia nangis jek,memang terus full volume...Kadang-kadang kalo dia terjaga time aku tengah solat subuh pon,memang meraung punya laa...Siap keluar air mata lagik..Hmm....padahal masa kecik-kecik dulu orang dok bising...Awat laa tak dengar2 Syamer nangis...So skang nih,bila-bila masa leh dengar dia melalak ok!!

****Apsal tak leh upload gambar lak ni??

Rabu, 30 Jun 2010

mood


cam takder mood lak nak wat entri....
esok-esok laa ekkkk....

Jumaat, 25 Jun 2010

Kepulangan yang pilu

Hari ini,pakcik aku (kami panggil ayahwe),akan kembali dari Tanah Suci Mekah..Ikut perancangan,anak-anak dia akan datang jemput ke KLIA.Then singgah kejap kat umah makcik kitorang kat Taman Dato Harun dan balik ke sini diiringi dengan anak-anaknya.But around kul 8.30 tadi,mak call aku..bagitau yang dia n abah nak gi ke umah ayahwe coz anak dia call tadi,dah sampai kat area Tapah.

Tak dapat nak gambarkan suasananya....Sure sedih...pilu...Huhuu....aku tak leh nak hadapi situasi camtu...Musti aku nangis nanti...Sebab tu aku tak join pagi nih...

Insya allah malam nanti akan diadakan kenduri tahlil..Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Rabu, 23 Jun 2010

Bulan Rejab

Bulan Rejab dah masuk hari yang ke 10 dah pon...tapi aku baru terhegeh-hegeh nak buat entri..
hmm..tak kisah laa kan..biar lambat,jangan takder langsung...

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dimuliakan.
masyarakat jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan perang. Rasulullah SAW turut mengekalkan nama ini serta mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.

Bagi umat Islam,kita memperingati dan memuliakan bulan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu Isra' Mikraj.


sumber : iluvislam.com




Komputer Baru II

Hmmm.....Syafiq dapat komputer baru...Ayahnya belikan...Konon2 supaya dia celik IT..Lagipun menyahut seruan 1 rumah 1 komputer....iyer ker??? hmm....yolah kot..

Makanya,si Syafiq nih teramatlah excited...memandangkan dah lama dia tak bermanja-manjaan dengan alam komputer nih...(Setahun setengah setelah dia menjahanamkan laptop ayahnya)
Kengkadang tu bila dia gi umah sepupu-sepupu ku,terkebil2 mata nengok orang main game...Kesian jugak time tu..So now dah ada pc nih,harap2 dia akan guna sebaik mungkin...

Opss.....thanks ayah sebab belikan Syafiq komputer....

Mood yang mendung



Hmm....ntah kenapa....pagi nih macam mood aku mendung jek...Dah ler ngan sakit gigi plak...

Tetiba jek...aduhai....

Mungkin jadi cam Syafiq kot...bangun jek pagi tadi dia terus nangis,sedih....Bila tanya kenapa??

""Ayah dah balik..."" huhu....

Kesannya aku pon sama cam sedih jek....hmm....ayahnya balik lepas subuh pagi tadi...




Khamis, 17 Jun 2010

Al-Fatihah

Terkedu seketika bila abah mengkhabarkan yang makcik ku (kami panggil makwe) telah kembali ke rahmatullah..Yang bertambah sebaknya,dia sebenarnya sedang melakukan ibadat umrah bersama suaminya..

Menurut khabarnya,dia meninggal pada pukul 6.30 petang (waktu Malaysia).

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..