Rabu, 8 September 2010

Raya kian menjelma..

Sedar tak sedar,Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita..Dan dah tentulah Syawal pulak menjelma..kan??

Alhamdulillah kali ni,puasa ku hampir penuh (belum penuh betul2 lagik sebab still ada 2 hari lagi kan?) walaupon ada saat-saat dan ketikanya kesihatan tidak berapa baik..namun ku gagahkan jua untuk tak berbuka di tengah hari...hehehe..

Oklah..dikesempatan ini,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin...

Tahun nih aku akan beraya di kg hubby dulu memandangkan 1st day tu semua adik beradiknya berkumpul...So 2nd day nanti baru beraya di umah mak aku...hehhe...Nasib baik laa kg dekat-dekat jek kan..Makanya setiap tahun kami akan bergilir2 hari untuk balik ke sinun dan ke sini.
***opisku dah mula lengang...ramai yang dah balik kampung..tapi untuk orang-orang yang dekat umahnya seperti aku,cam tak berbaloi lak nak cuti awai2 sangat....

Selasa, 7 September 2010

Moreh @ PLUiTM




Pada 6 September 2010 bertempat di Surau Az-Zahrah,opisku telah mengadakan Program kerohaniah @ moreh. Alhamdulillah...ramai jugak yang menghadirkan diri.

Antara menu berbuka puasa :

- nasi putih
- tomyam campur
- paprik daging
- ikan masin tenggiri goreng
- pajeri nenas
- ulam-ulaman
- bubur jagung
- buah pisang + tembikai
- air oren + teh o
- ayam masak rendang (wife bos masak)
- kuih karipap (kak liza)

Untuk menu selepas terawih pulak :

- bihun goreng
- kuih karipap

- kuih limas
- air teh tarik

Firstly,hubby tak bagi gak aku gi sebab nanti takut tak leh handle bebudak nih..But,aku gi jugak seteleh berjaya meyakinkan incik hubby yang aku leh kontrol diorang..lagikpun aku gi kejap jek..lepas solat maghrib,aku dah balik..Tak tunggu sampai abih terawih sebab bebudak nih nak tido dah..Mana taknya,anak-anak aku ler yang paling aktif (lari sana sini),paling bising..dan segala-galanya ler...
~ Ni masa solat maghrib..depa asik hurung kakak ain jek dari time berbuka lagi ~
~ ni pulak masa baru sampai..kami antara yang awal sampai ~


Isnin, 6 September 2010

Letihnya....

hai...semenjak 2 menjak nih....aku nih asyik berulang alik ke klinik,hospital..klinik,hospital..letih + boring...ada jek pon masalah nya...

macam hari rabu hari tuh,gi check up,tetiba baby lak songsang...so kene refer ke doktor hari nih..bila gi hari nih....kene lak kencing kotor....maka dah dapat laa date untuk next appointment...repeat check untuk kencing kotor....haiyaaaa...manyak letih laaa....

hopefully keadaan tak ler serius mana...sebab cara depa terangkan risiko kat aku tadik...cam menakutkan jek....hehhe....apa pon...raya nih kene kontrol makan ler...kene banyak minum air masak...wokeh....

Anak-anakku

Dah lama tak letak gambar diorang nih kan?? Iyer laaa...kamera aku kan rosak...Nih pon,macam nak kiok balik jek...

So nih gambar anak-anak ku yang terbaru laaa...abaikan pemandangan yang berselerak tuh yek..



Syamer suka sangat wat tangan cenggitu..Agaknya nak wat "peace" kot..



Khamis, 2 September 2010

Kesian anakku!

Tadi bawak Syamer gi klinik setelah keadaan nya nampak makin teruk malam semalam.Dia langsung tak nak makan/minum..Bintik2 merah yang tumbuh kat badan dia pon nampak makin merebak..

So keputusannya,Syamer dijangkiti penyakit tangan,kaki dan mulut..terkedu jap..Aku biasa dengar nama penyakit nih tapi tak familiar dengan simptom-simptomnya..Harap-harap keadaan Syamer tak serius dan pulih dengan segera.

Info Kesihatan

penyakit tangan,kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan,kaki dan dalam kawasan mulut.Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan,kaki dan kawasan diaper dijangkiti ruam.Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus kumpulan enterovirus.HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus,air liur,najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti,tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkiti.

Antara simptom-simptom penyakit nih ialah :
-demam
-sakit tekak
-ulser pada tekak,mulut dan lidah
-ruam pada tangan,kaki dan kawasan lampin
-sakit kepala
-hilang selera makan

Rabu, 1 September 2010

Terperap di rumah

Cuti yang panjang (dari 27/08/2010 hingga 31/08/2010) sepatutnya menyeronokkan...Mana taknya,beriya-iya laa plan nak gi jalan-jalan cuci mata (tak berhajat nak shopping pun sebab fulus dah kurang) tapi semua yang dirancang tuh tak menjadi sebab anak-anak ku tak sihat...Start with Syafiq yang terkena demam panas ngan ulcer kat dalam mulut...Bila Syafiq dah makin okey,Syamer pulak....Alahai..ciannya...

Bila ada ulcer kat dalam mulut,mula laa depa takmo makan..sebab sakit kan...Huhu..susah hati gak tengok depa takmo makan...nak minum susu pon nampak cam payah jek...So badan masing-masing pon dah nampak susut sket...

Harap-harapnya Syamer cepat sembuh....Sebab dia tu seorang yang aktif dan kuat makan...Bila tak sihat gini,nampak cam tak bertenaga jek...Sepanjang tak sihat nih,takleh berenggang ngan aku langsung...tadi masa tinggalkan dia pon,siap menangis...kesian...

Mendebarkan!

Hari Isnin hari tu aku mc...sakit pinggang...sampai tak larat nak berjalan...Nasib baik jugak ler semalam cuti...So semalam aku just baring jek laaa....Anak2 berada di bawah jagaan Encik Hubby...

Alhamdulillah....pagi nih dah kurang sket sakitnya...

So setibanya di opis,aku tengok ada surat dari Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya...Nih tak lain tak bukan pasal interview arituh ler...Fuhhh....berdebar giler...

Rupanya,surat tuh untuk memberitahu yang keputusan untuk interview hari tuh ditangguhkan..Bila urusan semua dah settle,baru dia akan maklumkan....Cheh...wat suspen aku jek...Hehehehe...