Khamis, 5 Julai 2012

3 beradik..






Apsal tetiba jek pakai melayu semua nih??siap bersongkok bagai...
heheh...sebenarnya hari nih sekolah diorang nak wat sesi tangkap gambar kelas...tuh yang kene pakai baju melayu....
banyak lagi gambar yang aku tangkap..tapi blur...sebab diorangnya takmo statik..bergerak2....hancus gambar....kikik....

Selasa, 3 Julai 2012

Happy birthday to me..happy birthday to me..



Alhamdulillah....Allah masih beri peluang untuk aku bernafas di samping keluarga tersayang...
Ramai jugak yang wish..terutamanya kat fb...thanks korang...

Sebenarnya dah lepas 3 hari pon...
Thanks to hubby sebab belikan kek...tak celebrate pon....
Kek tuh pon sekadar untuk menyukakan hati anak-anak...
Mana taknya,bila nampak jer kek,excited nak makan....
tengok ler si kecik tu...tak sabar-sabar nak capai kek dah.....

Isnin, 25 Jun 2012

Tahniah PLUiTM

Baru saja mendapat perkhabaran bahawa PLUiTM telah berjaya mendapatkan pensijilan Audit 5S yang sekian lama diidam-idamkan....

Alhamdulillah...
Walaupun saya bukan lagi sebahagian dari warga PLUiTM...namun,perasaan bangga dan gembira masih dikongsi bersama atas kejayaan ini...ye lah,,,,saya juga penah menjadi sebahagian dari mereka yang bertungkus lumus dalam perlaksaan 5S..

Sekalung tahniah buat rakan-rakan di sana...

Rabu, 20 Jun 2012

La Tahzan

Pagi nih,aku tiba ke opis dengan perasaan yang sangat sedih...Saat entri ini dinukilkan,aku tengah mengawal air mata dari mengalir...kenapa???biar hanya aku yang tahu.....

Dalam pada nak tenangkan hati,aku search keyword "la tahzan" kat google....then aku terjumpa dengan website nih...http://ariesorange.blogspot.com (update....silap ejaan)

Alhamdulillah...hatiku sedikit tenang bila menziarahi blog ini...
Di bawah,antara kata-kata yang kupetik dari blognyer......Semoga menjadi penguat semangat...amin....

kadang-kadang tu bilamana kita meminta, lalu ALLAH memakbulkan permintaan kita..bersyukurlah. Tapa andai permintaan kita jadi sebaliknya 'tidak dapat apa yang diinginkan'..bersyukur jugalah
Kerana itulah hadiah buat kita. Itulah jawapan daripada permohonan kita. Kita tidak dapat apa yang diimpikan tidak mengapa. Kerana ALLAH tahu segala-galanya.


Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita. Teguran yang diberi bukanlah untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat, tapi hanya untuk membaiki kelemahan masing-masing. Ingatlah kita cuma manusia biasa yang tak pernah lari daripada melakukan kesilapan.


ww ; jelingan manja



amboi.....jauhnya merenung...
sampai orang dok kacau-kacau pon,dia wat dek jerr...
marah sangat laa tu...hihi...

**kualiti gambar agak blur...huhu....tension..

Isnin, 18 Jun 2012

HFMD

Dah lama tak update....
mana taknya...memula tuh sibuk ngan keje...
lepas tuh last week...aku bercuti,jaga anak di rumah kerana Taska & tadika anak-anak ku ditutup...
dari Rabu Hingga Jumaat...
Sebab??/ Staf Pejabat kesihatan datang wat check dan mendapati beberapa kanak-kanak telah dijangkiti dengan HFMD...

Apa itu HFMD???
ianya dikenali sebagai wabak kaki tangan dan mulut...
ianya mudah mengjangkiti kanak-kanak yang di bawah umur 5 tahun...

Gejala-gejala

• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

Komplikasi
Komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.

Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).

Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Diagnosis
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.

Langkah-langkah pencegahan


• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan

• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin

• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain

• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas

• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin

• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci

• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin

• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya

• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian

• Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD

• Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya

• Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain

• Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor

• Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula

• Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor

• Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.

Rabu, 6 Jun 2012

ww ; serba hijau




Lokasi : Kg. Pulau Tiga,Kg Gajah,Perak
Tarikh : 2 Jun 2012
Acara : kenduri kawen Anak Sedara Hubby..


Jumaat, 25 Mei 2012

Sunan Musafir

Alhamdulillah....telah berjaya memiliki buku Sunan Musafir edisi terhad Hard cover...
Buku nih pon aku beli kat MPH SACC Mall...setelah mendapat info dari sumber-sumber di fb...
apalagi..terus gigih gi terjah...hahhaha....

tak sabar nak baca...
untuk pengetahuan,buku ini adalah buku yang ke 6 dari Epik Thriller Bagaikan Puteri oleh
Ramlee Awang Murshid...

Tajuk bagi 5 buah buku yang terdahulu ialah :
Bagaikan Puteri
Cinta Sang Ratu
Hijab Sang Pencinta
Sutera Bidadari
Cinta Sufi


Khamis, 24 Mei 2012

Master Chef Selebriti 2012


rasanya ramai yang dah tau bahawa tak lama lagi master chef akan kembali bersiaran...
tapi kali nih,peserta-pesertanya terdiri dari selebriti..Will be on air on 26th May 2012...Fuhh..tak sabarnyer...sebab aku memang suka tengok...


So kat bawah nih antara selebriti yang akan turut serta :







Aku akan sokong Karl Shafek laa kot...sebab aku suka tengok dia...hmmm...serina redzuan tuh sure terer masak punya...juliza adlizan pon...kan??
apa apa pon..kita tengok jer laa nanti....

***credit to blogger mamatisya sebab aku copy gambar2 nih dari blog dia...heheh...tq sis...

Selasa, 22 Mei 2012

Update Cross Stitch - Bears In Love


Dah lama tak update pasal cs kan....
So nih hasilan aku wat ujung minggu hari tu...sementelah dok jer kat umah kan...
tak sabar-sabar nak siapkan...
tapi banyak lagi kene buat...terutamanya half stitch...



Jumaat, 18 Mei 2012

Cahaya Dalam Diri



Dari Nu'aim bin Abdullah r.a katanya, dia melihat Abu Hurairah berwudhuk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya umatku akan datang kelak di hari kiamat bercahaya-cahaya wudhuknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas-batas yang wajib, lebihkanlah"
(Riwayat Muslim)



1. Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Dengan wudhuk yang sempurna seseorang akan dapat mengerjakan solat/sembahyang dengan penuh khusyuk.

2. Ketika berwudhuk kita diharuskan membaca doa-doa yang tertentu seperti berikut:

i. Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".


ii. Ketika membasuh muka, berniatlah:"Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".


iii. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah:"Ya Allah, berikanlah buku hisab ku di tangan kanan ku ini".


iv. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah:"Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisab ku di tangan kiri ku ini".


v. Ketika membasuh kepala, berniatlah:"Ya Allah, lindunglah aku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".


vi. Ketika membasuh telinga, berniatlah:"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".


vii. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah:"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".


viii. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah:"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

3. Berwudhuk tidak sahaja diperlukan ketika hendak mengerjakan solat tetapi kita juga disarankan agar berwudhuk apabila hendak membaca al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur kerana sesungguhnya wudhuk itu dapat menggugurkan dosa-dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan bersih di samping menambah keserian wajah.

Dari Abu Hurairah r.a:"Rasulullah SAW bersabda:"Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya."
(Riwayat Bukhari)


ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا النَّاسُ Ù‚َدْ جَاءكُÙ… بُرْÙ‡َانٌ Ù…ِّÙ† رَّبِّÙƒُÙ…ْ ÙˆَØ£َنزَÙ„ْÙ†َا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ Ù†ُورًا Ù…ُّبِينًا

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an)

(An-Nisa 4:174)


*****credit to iluvislam.com (design by anna farhana omar)




Isnin, 14 Mei 2012

Kad

Ape lagi...Kad Selamat Hari Ibu laa......
Sana sini tengah kecoh dok tempek kad laa..kek laa...
so aku pon same..hehehe

Kad nih Syafiq bagi sejurus kitorang ambik diorang dari taska & tadika...Jumaat last week...
Thanks sayang.....be a good boy....
***Hmmm..study study......nanti nak exam...(26/5/2012)




~senget pulok gambar2nya...gasak laaa....

Jom makan


Dah lama tak upload gambar bebudak nih...jom layan.....








Rabu, 9 Mei 2012

Novel Terbaru Mei 2012


Baru jer dapat tau hari nih tentang Limited Edition SUNAN MUSAFIR...the last book of Epik Laksamana Sunan.....Pada sesiapa yang peminat/pengikut cerita ni,memang sure tak sabar2 dah nak memilikinya...

Tapinya,limited edition nih cuma dijual pada Pesta Buku Antarabangsa 2012 yang telahpun berakhir..itu pon pada 2 hari terakhir jer....Sebanyak 1000 naskhah only...huhuu....frust makcik...

Isnin, 30 April 2012

Mood yang Lemau

Ini bukan sebab monday blues....tapi pasal cross stitch..
dah 2 minggu aku tak menyentuh cross stitch aku yang ntah bila nak siap tuh...
ntah kenapa laaa..tetiba hilang "rasa" nak buat...
kalau dulu,sibuk camner pon,musti aku akan buat jugak setiap hari..
walaupon sikit2 jek...

tapi sekarang nih,pouch untuk aku simpan khazanah aku pon,aku main campak2 jek...
mungkin sebab masih blom ilang rasa kecik ati kot...ntah ler...

Selasa, 24 April 2012

Karnival Jualan Coklat 2012


The Carnival is back!!

Date : 27 & 28 April 2012


Time : 10.00am to 6.00pm (DAY 1), 10.00am to 5.00pm (DAY 2)

Venue : Network Foods Industries Sdn Bhd

Lot 3, Persiaran Raja Muda, Seksyen 16,

40000 Shah Alam, Selangor



Pesta Buku Antarabangsa 2012


Pesta Buku kembali lagi....kalau dulu,aku teruja sangat-sangat bila tau tentang pesta buku....tapi sejak duduk di Shah Alam ni,kurang pulak...Lebih gemar menunggu Pesta Buku Selangor..Mungkin sebab susah nak kelek bebudak tuh ke PWTC..ngan kesukaran tempat parkingnya...hmm...

Apa-apa pon,jom terjah....

Isnin, 23 April 2012

Sukan TTAUiTM - Ver. 3 (Syafiq)

Syafiq dipilih jadi maskot untuk 6 tahun....jadi kura-kura...heheh...
Nampak cam berat jer kura-kura tuh...tapi dah dia hepi,layan jer ler....




 ~time perbarisan~
 ~ grup nyer dapat no. 1 dalam acara susun puzzle..~

Sukan TTAUiTM - Ver. 2 (Syamer)

21/04/2012 - kami antara yang awal sekali tiba di padang...Then,bila dah makin ramai yang datang,cikgu2 mintak murid2 tahun 4,5 & 6 untuk berkumpul kat kelas masing2....

Mula laa drama airmata....semua pakat nangis sebab takut kene tinggai...heheh...tak terkecuali ler anak aku nih..jenuh pulak cikgu nak memujuk...


 ~ gambar baru lepaih nangis....suka masuk jari kat mulut...~

  ~still buat muka tak ceria, takder perasaan ~

  ~terima hadiah dari Pn. Pendaftar ~