Khamis, 2 September 2010

Kesian anakku!

Tadi bawak Syamer gi klinik setelah keadaan nya nampak makin teruk malam semalam.Dia langsung tak nak makan/minum..Bintik2 merah yang tumbuh kat badan dia pon nampak makin merebak..

So keputusannya,Syamer dijangkiti penyakit tangan,kaki dan mulut..terkedu jap..Aku biasa dengar nama penyakit nih tapi tak familiar dengan simptom-simptomnya..Harap-harap keadaan Syamer tak serius dan pulih dengan segera.

Info Kesihatan

penyakit tangan,kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan,kaki dan dalam kawasan mulut.Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan,kaki dan kawasan diaper dijangkiti ruam.Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus kumpulan enterovirus.HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus,air liur,najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti,tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkiti.

Antara simptom-simptom penyakit nih ialah :
-demam
-sakit tekak
-ulser pada tekak,mulut dan lidah
-ruam pada tangan,kaki dan kawasan lampin
-sakit kepala
-hilang selera makan

2 ulasan:

  1. yeke cik ina? menjangkit dari sesiapa ke?
    semoga camer cepat sembuh! Amin..

    BalasPadam
  2. tak sure...tetiba jek dah jadik cenggitu...
    but alhamdulillah....yg teruknya cuma 2 hari jek...now dah back to normal balik....aktif giler...makan pon dah banyak..!!

    BalasPadam