Isnin, 25 Jun 2012

Tahniah PLUiTM

Baru saja mendapat perkhabaran bahawa PLUiTM telah berjaya mendapatkan pensijilan Audit 5S yang sekian lama diidam-idamkan....

Alhamdulillah...
Walaupun saya bukan lagi sebahagian dari warga PLUiTM...namun,perasaan bangga dan gembira masih dikongsi bersama atas kejayaan ini...ye lah,,,,saya juga penah menjadi sebahagian dari mereka yang bertungkus lumus dalam perlaksaan 5S..

Sekalung tahniah buat rakan-rakan di sana...

Rabu, 20 Jun 2012

La Tahzan

Pagi nih,aku tiba ke opis dengan perasaan yang sangat sedih...Saat entri ini dinukilkan,aku tengah mengawal air mata dari mengalir...kenapa???biar hanya aku yang tahu.....

Dalam pada nak tenangkan hati,aku search keyword "la tahzan" kat google....then aku terjumpa dengan website nih...http://ariesorange.blogspot.com (update....silap ejaan)

Alhamdulillah...hatiku sedikit tenang bila menziarahi blog ini...
Di bawah,antara kata-kata yang kupetik dari blognyer......Semoga menjadi penguat semangat...amin....

kadang-kadang tu bilamana kita meminta, lalu ALLAH memakbulkan permintaan kita..bersyukurlah. Tapa andai permintaan kita jadi sebaliknya 'tidak dapat apa yang diinginkan'..bersyukur jugalah
Kerana itulah hadiah buat kita. Itulah jawapan daripada permohonan kita. Kita tidak dapat apa yang diimpikan tidak mengapa. Kerana ALLAH tahu segala-galanya.


Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita. Teguran yang diberi bukanlah untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat, tapi hanya untuk membaiki kelemahan masing-masing. Ingatlah kita cuma manusia biasa yang tak pernah lari daripada melakukan kesilapan.


ww ; jelingan manja



amboi.....jauhnya merenung...
sampai orang dok kacau-kacau pon,dia wat dek jerr...
marah sangat laa tu...hihi...

**kualiti gambar agak blur...huhu....tension..

Isnin, 18 Jun 2012

HFMD

Dah lama tak update....
mana taknya...memula tuh sibuk ngan keje...
lepas tuh last week...aku bercuti,jaga anak di rumah kerana Taska & tadika anak-anak ku ditutup...
dari Rabu Hingga Jumaat...
Sebab??/ Staf Pejabat kesihatan datang wat check dan mendapati beberapa kanak-kanak telah dijangkiti dengan HFMD...

Apa itu HFMD???
ianya dikenali sebagai wabak kaki tangan dan mulut...
ianya mudah mengjangkiti kanak-kanak yang di bawah umur 5 tahun...

Gejala-gejala

• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

Komplikasi
Komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.

Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).

Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Diagnosis
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.

Langkah-langkah pencegahan


• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan

• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin

• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain

• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas

• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin

• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci

• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin

• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya

• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian

• Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD

• Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya

• Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain

• Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor

• Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula

• Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor

• Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.

Rabu, 6 Jun 2012

ww ; serba hijau




Lokasi : Kg. Pulau Tiga,Kg Gajah,Perak
Tarikh : 2 Jun 2012
Acara : kenduri kawen Anak Sedara Hubby..