Rabu, 21 April 2010

Kursus ICT- Microsoft Excel

Hari ini aku mengikuti kursus microsoft excel di makmal Komputer opisku...
yang sebenarnya kursus ni lebih kepada nak memenuhkan jam latihan untuk keperluan ICT..
Makanya,banyak kali laa sesi menguap....hahahah...
bukan ler bermakna kita dah terer kan..tapi yer laaa..sket sebanyak...kita dah exposed dengan most of the function...

ehh...eh...ok laa..dia bagi latihan pulak....

Selasa, 13 April 2010

Kursus Setiakawan

Pada 10 hingga 11 April 2010,telah berlangsung Kursus Setiakawan di opisku secara in-house training..Kursus nih more to aktiviti berkumpulan indoor n outdoor..

Seramai 48 orang staf telah menghadirinya.Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan aku telah ditempatkan di Kumpulan 4 bersama-sama dengan Syila,Safa,Pak Din,Ghazali,En. Syaiful(team leader),Abg. Jamal,Nazri,Razali,Abg. Bad dan Abg. Kamal.

Untuk aktiviti outdoor,antara aktiviti yang dijalankan ialah Meniti Jambatan kayu,menyeberangi titian tali,pelancaran roket serta menaikkan bendera menggunakan batang paip dan tali rafia.

Untuk aktiviti indoor pula,banyak kepada game yang menguji minda..Menariknya,kami sering disajikan dengan tayangan audio visual yang menarik. Dalam pada masa yang sama,kami turut didedahkan dengan skim ganajaran berbentuk matawang KUSH. ntuk permulaan,setiap kumpulan diberi 30,000 kush.Bagi setiap cabaran yang dimenangi,kumpulan akan menerima kush.Namun,jika melakukan kesalahan,kush akan ditarik balik.

Di penghujung kursus,Kumpulan 2 telah memenangi pertandingan dengan mengumpul kush yang terbanyak diikuti kumpulan 1,Kumpulan 4 dan akhir sekali kumpulan 3.

Apapun,kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah mencapai objektifnya dalam mewujudkan semangat berpasukan di kalangan staf.

Syamer kene demam campak

Laa...patut laaa anakku demam teruk sket kali nih...
Minggu lepas dia punya meragam sampai tak nak kat orang lain..
Nak berdukung ngan aku jek..
Even nak berjalan pon dia takmo..

Rupa-rupanya dia nak kene demam campak...
hari Khamis,badan dia dah tak panas dah..
So aku pon gi opis dengan hati yang gumbira..
Tapi bila balik tengahari,tengok kat area muka dia dah merah2...
kat badan pon dah ada sket2...

So petang tuh aku bawak dia gi cari penawar..
minum air kelapa n mandi...
Nasib baik laa malam2 dia boleh tido..

Sehingga ke hari nih...dia pon dah beransur pulih...
Cuma aku tak sure campak nyer tuh dah keluar abis ker belum..
harap2 tak berulang balik...

Rabu, 7 April 2010

Syamer tak sihat

Cian anakku itu...
Sejak Jumaat lepas,tetiba jek dia kene cirit birit..
So kebetulan hari sabtu memang aku nak gi klinik,terus check dia..
Doktor kata tak serius sangat n badan dia pon panas gak sket..
So just bagi ubat biasa jer laa...

Tapi nampaknya,sampai ke hari ni,belum pulih betul2 lagik...
Malam Isnin arituh,panas sangat badan dia...
Selalunya bila Syafiq demam,aku akan letak tuala basah kat badan n kepala dia..
so aku pon buat mender yang sama kat Syamer...
tapi mamat nih leh menjerit marah..tuala tuh pulak terus dia campak..
dia memang tak suka kita sapu badan dia ngan air...
Alahai...

Semalam,masa hantar umah Opah Mon nya...dia nampak dah sihat sangat..
badan pon tak panas dah...ceria..aktif...
tapi tengah malam semalam,panas balik badan dia...aduhai...
ciannya....

pagi tadi pon nangis beriya-iya sampai nak termuntah..
Risau sangat sebab dia nih jarang sakit/demam..
but this time nampak cam teruk lak...

Semoga Syamer cepat sembuh...amin

Khamis, 1 April 2010

Jeritan di tengah malam...

Sapa yang menjerit tu???

Sapa lagik kalo bukan budak berdua tu...
Semalam depa tido agak awal berbanding biasa..
Maklum laa...dari petang dah sakan main...So letih laa kot..

But...dalam kul 3 pagi..
tiba-tiba Syafiq jerit....."sakit tangan...tangan apiq sakit.."
mujur laa mak aku datang menghulurkan bantuan..
So opahnya laa yang sapu minyak...gosok2...
Aku tengok gak kot2 kene gigit ker apa ker...tapi macam takder apa pon...
Mungkin lenguh sebab tertindih ngan badan kot...

So bila dia dah cool....kami semua tido ler balik..
tapi tak lama lepas tuh,Syamer lak menjerit...
Nangis kuat sambil menggosok2 telinga kiri...
Aduhai...kenapa pulak nih???
cepat2 gak aku ubuh minyak...
nampak cam ada bekas gigitan serangga...
aku pon tak pasti apa...tapi bukannya kene gigit nyamuk..

Bila tengok tadi,kat tangan apiq pon merah semacam...
cam kene gigit something jugak..
hmm..harap2 tak memudaratkan anak2 aku...