Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Jumaat, 30 November 2012

Isnin, 18 Jun 2012

HFMD

Dah lama tak update....
mana taknya...memula tuh sibuk ngan keje...
lepas tuh last week...aku bercuti,jaga anak di rumah kerana Taska & tadika anak-anak ku ditutup...
dari Rabu Hingga Jumaat...
Sebab??/ Staf Pejabat kesihatan datang wat check dan mendapati beberapa kanak-kanak telah dijangkiti dengan HFMD...

Apa itu HFMD???
ianya dikenali sebagai wabak kaki tangan dan mulut...
ianya mudah mengjangkiti kanak-kanak yang di bawah umur 5 tahun...

Gejala-gejala

• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

Komplikasi
Komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.

Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).

Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Diagnosis
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.

Langkah-langkah pencegahan


• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan

• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin

• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain

• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas

• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin

• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci

• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin

• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya

• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian

• Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD

• Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya

• Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain

• Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor

• Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula

• Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor

• Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.

Khamis, 24 Mei 2012

Master Chef Selebriti 2012


rasanya ramai yang dah tau bahawa tak lama lagi master chef akan kembali bersiaran...
tapi kali nih,peserta-pesertanya terdiri dari selebriti..Will be on air on 26th May 2012...Fuhh..tak sabarnyer...sebab aku memang suka tengok...


So kat bawah nih antara selebriti yang akan turut serta :







Aku akan sokong Karl Shafek laa kot...sebab aku suka tengok dia...hmmm...serina redzuan tuh sure terer masak punya...juliza adlizan pon...kan??
apa apa pon..kita tengok jer laa nanti....

***credit to blogger mamatisya sebab aku copy gambar2 nih dari blog dia...heheh...tq sis...

Selasa, 24 April 2012

Karnival Jualan Coklat 2012


The Carnival is back!!

Date : 27 & 28 April 2012


Time : 10.00am to 6.00pm (DAY 1), 10.00am to 5.00pm (DAY 2)

Venue : Network Foods Industries Sdn Bhd

Lot 3, Persiaran Raja Muda, Seksyen 16,

40000 Shah Alam, Selangor



Pesta Buku Antarabangsa 2012


Pesta Buku kembali lagi....kalau dulu,aku teruja sangat-sangat bila tau tentang pesta buku....tapi sejak duduk di Shah Alam ni,kurang pulak...Lebih gemar menunggu Pesta Buku Selangor..Mungkin sebab susah nak kelek bebudak tuh ke PWTC..ngan kesukaran tempat parkingnya...hmm...

Apa-apa pon,jom terjah....

Selasa, 17 April 2012

Pameran Hartanah Bumiputera 2012

Apa lagi...moh ler kita gi jenguk....