Khamis, 31 Disember 2009

Minggu yang sibuk!!

Hmm...kalo ada yang perasan,lately aku banyak post siri-siri tazkirah jek kan...Yer laaa...dah copy paste jek..hehehe...keje senang...
Sebenarnya minggu nih kami kat opis dalam fasa sibuk...Masa tengah berhibernasi kat opis...dok menyiapkan keje-keje sebelum 31 Disember 2009..Haaa...closing account maa...So kami kene kejar laa mana-mana unit yang lambat hantar dokumen untuk payment tuh....haiyaaa...sangat lambat laaa..nanti bos marah ooo...bos sudah kasi amaran-chase payment ok...

28/12/2009
Aku sepatutnya menjadi urusetia untuk Kursus Asas 5S Siri 2.Tapi memandangkan aku kene wat proses payment,makanya aku melepaskan mohor keurusetiaan aku pada Incik Musa dan Incik Shaharuddin...Thanks yaa sebab tolong cover aku...

29/12/2009
Kursus Asas 5S Siri 2 tak habih lagik...Aku just pegi tengok kejap2 jek...Sekadar tunjuk muka...hehehe.....Hari nih banyak lak nak kene wat penggantian cek batal...kene jernel bagai..disamping payment-payment yang lain...

30/12/2009
Pon tak habih lagik aku memproses cek dan baucer...Disamping itu,aku membantu melengkapkan dokumentasi 5S Kumpulan Dinar..Sebab esok audit kumpulan...This time kami tak target menang pon...Yer laaaa...Kumpulan kami kan tengah fasa SIBUK!!!Apa-apa jer laa labu...

31/12/2009
Audit Dalaman 5S Siri 3....Start pukul 8.30 pagi dengan taklimat pembukaan audit...Aku kene attend sama tuh.....So bila time depa nak audit tuh,aku blah laa kot...Balik opis....Boleh gak siapkan keje..Bukan apa,rasa dah serik nak melibatkan diri sangat with audit team....nanti aku kene fire lagik...Kang ada lagik suara-suara sumbang kata aku nak sabotaj kumpulan depa walhal in reality,i'm just helping them because they are confusing with the criteria and ask me to teach them how to calculate the marks...Dengan niat nak tolong pon,aku kene marah jugak....sedihkan????Ina...behave yourself ok??? Don't override the limits because you not the auditor... dah...dah..wake up....jangan dok melalut.....heheheh...sorry guys..
Hmmm..bila dah pembentangan hasil auditan esok,baru aku join balik....
Errr...dijangkakan jugak esok kami-kami (aku,Safariza n Puan Salina) akan balik lambat dari biasa sebab nak closing account....Apa yang penting,aku harap esok line takder laa slow...Kalo slow jugak,mau kene campak pc nih....hahahah....

wokeh laaa..back to work...

Selasa, 29 Disember 2009

Hadis : Beramal dengan Surah Al-Kahfi

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Huraian :
Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.

Jumaat, 25 Disember 2009

Hadis : Menjaga Kemuliaan Rasulullah

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri-menteriku, mertua-mertua dan menantu-menantuku, juga penolong-penolongku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah diatasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan juga sebarang tebusan." 'Uwaimi bin Sa'idah

Huraian :

Pengajaran hadith:
i) Sahabat-sahabat Rasulullah adalah orang-orang yang hidup sezaman dengan baginda.
Ii) Mereka merupakan pembantu-pembantu baginda yang berkerjasama dengan sepenuh hati dalam menyampaikan ajaran Islam serta mengembangkannya. Oleh itu mereka adalan orang yang layak mendapat kemuliaan dan penghormatan daripada seluruhumat Islam.
Iii) Sesiapa yang mencaci salah seorang daripada para sahabat Rasulullah s.a.w bererti ia telah mengengkari serta mendustakan kelebihan sahabat baginda yang telah perakui oleh baginda sendiri dan dengan itu bermakna dia juga telah memutuskan hubungannya dengan baginda.
Iv) Cacian terhadap sahabat Rasulullah s.a.w adalah meliputi apa jua perkataan yang menyentuh sifat peribadi, aliran faham mazhabnya dan fahaman siasahnya kerana antara seorang sahabat dengan seorang sahabat baginda yang lain, mereka berlainan pendirian tetapi mempunyai alasan yang kukuh (penuh tanggungjawab dan pertimbangan akal yang sihat) untuk berbuat demikian.
v) Sesiapa yang didapati mencaci atau melaknat sahabat-sahabat baginda ia akan ditimpa laknat daripada Allah dan malaikat-Nya.

Bestnya mandi...

Semalam,23/12/2009...aku bercuti sebab ikut hubby nak gi Politeknik Sultan Azlan Shah,Tanjung Malim..Ada urusan yang perlu dibereskan...Kejap jek pon kat sana nya...tak turun dari kete pon sebab bebudak tuh tengah tido...

On way back,singgah kat Hot Spring Sg. Klah..Nak bawak bebudak nih gi mandi manda...Memandangkan nih 1st time kami datang ke sini,so memula tuh agak terpinga-pinga jugak...Yer laaa.....tak explore lagik kan....Sampai-sampai jek terus gi mandi kat kolam mata air gunung.Sejuknya...Memula tuh syafiq takut-takut jer nak mandi....tapi bila dah lama-lama...macam tak nak balik laa pulak...hahahah....adik mamer plak dari memula dah syiokk main air...yang bestnya,siap merangkak2 dalam air tuh...Cuma dia tak berjalan jek dalam air..takut jatuh kot..Aku pulak teringin nya nak naik gelongsor tuh,tapi orang ramai sangat...berebut-rebut...so kensel laaa...lagik pon dok jaga syamer ngan syafiq...

Tak lama lepas tu,kami gi kat area air panas lak...ada laluan batu refleksologi ngan air panas yang mengalir kat atasnya...best jalan atas tuh walaupun menyakitkan kaki!!Ada jugak kolam-kolam kecik yang berlainan suhu kepanasannya...Ada yang aku tahan nak masuk...ada yang tak tahan...Kalo yang panas tuh,masuk jek kaki dah rasa macam kene rebus..hehehe... Suhunya ada yang mencecah 40-50 Celcius...

Then,dah puas rendam2 kaki kat air panas,kami pun tukar baju laa...Alamak,rupanya ada lagik satu kolam laaa...kolam air panas....huhuhu....tak habih explore lagik rupanya tadi...Takper laaa...hubby kata next time kita datang lagik...kita ajak ramai2...baru best..

Oh yer....kalo nak dapatkan serba sedikit info,bleh klik kat sini yer... http://www.plantationresorts.com.my/HotSprings/index_ap.shtml

*****gambar????alahai....kamera ku udah rosak..makanya aku just snap gambar guna hp hubby...tapi..ntah bila dia nak upload...mungkin tahun depan kot...kekekkee....

Selasa, 22 Disember 2009

Hadis : Terbuka Hijab Sebelum Meninggal

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat." Ibn Umar r.a

Huraian :
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat."

Rabu, 16 Disember 2009

Tazkirah : Kemewahan harta dunia perlu diiringi kekayaan jiwa

Oleh : Nur Syahidah Abdul Jalil
Berita Harian, 15 Disember 2009

HARTA adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia sebagai ujian. Kaya dan miskin, adalah dua isu yang sering kita kaitkan dengan harta. Harta juga penyebab kepada kegembiraan, kebahagiaan juga menjadi alasan kepada permusuhan, dendam dan pertumpahan darah. Banyak teladan yang dikaitkan dengan dua isu ini seperti kisah Si Tenggang yang derhaka selepas menjadi kaya dan kisah Qarun yang enggan mengeluarkan zakat dan sebagainya.


Namun harus diingat bahawa kekayaan bukanlah sesuatu yang keji atau perlu dielakkan oleh umat Islam.Malah menurut Ibn Qayyum, kekayaan yang dimiliki seseorang itu membantunya melaksanakan kebaikan seperti menunaikan haji, bersedekah, membina masjid dan amalan baik lain. Jangan pula menganggap hidup dalam keadaan tidak berharta itu baik lantaran hati akan sering mahukan keselesaan dunia yang tidak diperoleh.

Sejak zaman berzaman manusia begitu mengejar kekayaan sehingga terlupa bahawa hatilah yang utama perlu dikayakan. Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari: "Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda, tetapi sebenar-benar kaya ialah kaya jiwa (hati)" . Kekayaan inilah yang patut dikejar oleh semua peringkat manusia sama ada yang berharta atau tidak berharta. Kaya jiwa adalah kaya dengan sifat kebaikan, kaya budi pekerti dan kaya harga diri. Kekayaan jiwa adalah kekayaan hakiki. Tidak ramai yang mempunyai kekayaan harta memiliki kekayaan jiwa. Kaya jiwa apabila imannya kukuh, hatinya kental dalam apa juga keadaan. Bila seseorang itu kaya hati, miskin atau kaya keadaannya sama saja. Sama sekali tidak menyusahkan hatinya atau menggugatkan jiwanya.

Namun adalah sangat malang jika miskin harta datang bersama dengan miskin jiwa. Miskin jiwa bukan hanya tidak pernah bersyukur dengan harta yang sedikit kita miliki atau keengganan membuat amal kebajikan. Miskin jiwa juga adalah sikap buruk yang menjadi amalan hari demi hari. Kejadian ragut adalah cerminan manusia yang jiwanya miskin dan kosong. Sudahlah miskin harta kerana mendorongnya melakukan ragut, hatinya juga miskin kerana sanggup membunuh demi secebis harta yang sedikit itu. Miskin jiwa ini sangat berbahaya kerana boleh menghinggapi segenap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin, pangkat atau darjat. Ini kerana jiwa yang miskin boleh mendorong kita melakukan penindasan, permusuhan dan jenayah kerana hati tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki apatah lagi untuk berasa cinta dan belas kepada sesama manusia.

Pendidikan adalah aspek yang penting dalam usaha memurnikan jiwa insani. Pemurnian jiwa dalam masyarakat bukan hanya melalui ceramah atau kuliah sebaliknya melalui pergaulan, pemerintahan, bantuan serta mengambil berat sesama kita. Anak-anak pula perlu didedahkan bukan sekadar dengan didikan akademik malah perlu kepada didikan agama dan moral. Hal ini supaya jiwa mereka tidak kosong seterusnya menjadikan mereka insan yang berguna dan kaya jiwanya pada masa hadapan.

Kayakanlah jiwa kita dengan rasa takwa, syukur, ikhlas, belas serta menghormati orang lain. Jangan ditunggu orang lain mengubah sikap masing-masing terlebih dulu ataupun menunggu orang lain untuk mengubah sikap kita. Sesungguhnya rugilah bagi mereka yang hanya mengejar harta dunia tetapi miskin jiwanya kerana tiada tempat baginya di samping orang yang dikasihi Allah.

Isnin, 14 Disember 2009

Selamat Hari Jadi Mak

Bulan Disember nih banyak betoi hari jadi orang-orang yang berada di sekeliling aku ekk...
So for today,14 Disember 2009,besday mak pulak....Selamat Hari Jadi Mak..

Cadangnya nak bawak gi makan-makan malam nih...tapi abahku pulak ada aktiviti tazkirah kat surau...So kalo tak bawak abah gi sekali,tak syiok pulak kan....Lagikpon,Syafiq still demam lagi...dah 2 hari dia demam...Jadinya,mungkin agenda makan-makan nih akan ditunda..

Apa-apa pon,semoga mak dipanjangkan umur dimurahkan rezeki...sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik..Sayang mak....muahhsss...

***gambar akan diupload kemudian ekk...

Selasa, 8 Disember 2009

Selamat Hari Jadi Qistina

Haaa....dah besar rupanya anak dara si Feezah nih....dah setahun dah...dah boleh dapat adik nih..
heheheh....Oh yer..Untuk pengetahuan,beza umur Qis ngan Syamer 3 hari jek...Syamer 4/12/2008 dan Qis pulak 7/12/2008.
Well...aku risik2 gak arituh,bila qis nak potong kek nya...sesaja edisi nyibuk...mana taknya,segala rancangan aku untuk celebrate besday Syamer hancur...so kalo dapat tumpang makan kek Qis pon okey laa tuh...kan??

Kebetulan tak lama lagik pakcik nya si Qis nih nak kawen..so aku suggestkan suh mamanya wat potong kek sekali time acara potong kek nanti...yer laaa..time tuh kaum kerabat depa tengah ramai..sure meriah kan???

Hmm..ikut pengalaman aku,time bebudak nih sambut besday setahun,depa bukan reti apa pon lagik...tapi sebagai mak,kita yang over excited...hehehe...biasa laa tuh...menghargai pengorbanan kita dan mengenangkan detik2 kita melahirkan mereka setahun yang lepas...yer dak??

Okey laaa....Hepi Besday untuk Qistina Safiah..Semoga menjadi anak yang baik,pintar,beriman serta berjasa kepada agama,bangsa dan negara..amin.

Qistina Safiah...

Lah...pandang ke mana pulak budak berdua nih??Tengok kamera laaa...

Sabtu, 5 Disember 2009

Selamat Hari Jadi Syamer

Alhamdulillah...hari nih 4 Disember 2009,genap Muhammad Nawwaf Syamer berusia setahun..So far perkembangan terkini nya,just baru berjaya berjalan 5 step...aiyark...adik mamer,bila nak berjalan nih??

So petang semalam,gi la cari kek yang simple-simple kat area dekat umah..malas nak gi jejauh sebab letih..ayahnya baru balik berkursus..So bila dah beli kek tuh..konon-kononnya nak simpan laa untuk potong hari nih...sekali si Syafiq lak yang sibuk-sibuk suh potong gak kek tuh...kalo boleh,lepas jek beli tuh,terus nak potong....Adoi laaa..jenuh pulak nak memujuk suh tunggu malam baru potong....Over excited lak si Syafiq nih...Bila cakap kat dia yang kek tuh untuk Syamer,dia terus cakap " kek tuh afiq punya laa..."

So bila pasang lilin apa semua....bukan Syamer yang tiup...Syafiq yang buat semua tuh bagi pihak Syamer ok...heheheh....tak kisah laaa...Syamer pon bukan reti wat apa-apa...

Oh yer...sebelum tu,majlis potong kek syamer nih just wat simple-simple jek sebab ayahnya tengah nak menghadapi peperiksaan final..So segala perancangan aku untuk celebrate besday adik mamer pon nampaknya kene tangguh dulu ler kot...

See....syafiq yang pegang pisau potong kek...

Tangan si Syafiq jugak yang tengah potong kek...

Apa-apa pun,selamat hari jadi untuk Nawwaf Syamer...semoga menjadi anak yang soleh,pintar dan taat kepada agama,keluarga dan menjadi insan yang berguna..amin.Untuk abang Syafiq pon sama jugak laaa...

Untuk ayah pulak,selamat menghadapi peperiksaan..Semoga dapat jawab semua soalan dengan mudah dan dapat keputusan yang baik..

Jumaat, 4 Disember 2009

Sudut Sudut Sudut

haaa...mesti ramai tertanya-tanya....sudut apa plak nih...?? hehehheh...
saja-saja jek aku nak letak gambar sudut (notice board) kat area opis aku nih....takder keje ler tuu.....(~_*)

Nih kat dalam opis aku...

Nih pulak sudut 5S Kumpulan Hotelier

Ni Sudut 5S Induk


Nih Sudut 5S Zon Wawasan

Dan yang akhirnya...Sudut 5S Kumpulan Dinar

Qistina & Syamer

Nih masa kami beraya ke umah opah Qis baru-baru nih...Gi malam jugak...hehehe...Sepanjang malam tuh,Qis ngan Syamer berebut-rebut nak dapatkan perhatian dari hubby ku....pehtu berebut-rebut gak nak kan permainan yang sama...hahaha...apa yang rebut-rebut nih...main sama-sama laaa...Jom kita tengok gambar....

Ayah dengan anak-anaknya...

Opah dengan Syafiq..sedondon

Ayah dengan Qistina

Erkkk...mana lak si Syafiq nih??

Syamer...jangan tarik rambut Qis tu...

Rabu, 2 Disember 2009

Mana yang Kita Pilih???

Ilmu Dunia dan Ilmu Agama, dapat kita perumpamakan
Dengan ”Rumput” untuk ilmu dunia dan ”Padi” untuk ilmu agama

Bila kita menanam Rumput, maka Padi tidak akan ikut tumbuh
Tapi bila kita menanam Padi, maka Rumput akan ikut tumbuh.

Maknanya,
Bila kita menuntut ilmu dunia, Ilmu agama tidak akan mengikuti.
Namun bila kita menuntut ilmu agama, maka Ilmu dunia akan menyertai.

* * *

Dan pagi ini, Surah Hud ayat 15 dan 16 menyapaku :

Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya,
Niscaya Kami (Allah) akan memberikan kepada mereka (sebagai)
Balasan pekerjaan mereka didunia dengan sempurna. Dan mereka
Tidak akan dirugikan.

Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka.
Dan lenyaplah di akhirat apa yang telah mereka usahakan di dunia.
Dan sia-sialah yang telah mereka kerjakan.

Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya Qurban

Just nak ucap selamat hari raya...tahun nih kitorang beraya kat umah MIL..Insya Allah petang nih balik lerr...tapi rasanya by the time sampai sana,lemang dah siap masak dah..hehehe..






Rabu, 25 November 2009

Minggu yang meletihkan!!

aduhai.....rasa macam cepat sangat minggu nih berlalu...dah laa setiap hari jadual keje aku padat...cuma petang nih jek dapat nak merehat2kan diri kejap..terkejar-kejar aku dibuatnya...
baru jek nak settlekan keje aku yang terbengkalai,dah kene panggil untuk audit 5S lak...aikkk..apsal aku kene involve plak????aku bukan auditor pon...

ooo...rupanya aku kene gantikan bos aku yang tengah bercuti (takziah puan atas kehilangan ayahanda tercinta..dah laa baru jek kehilangan bonda bulan ramadhan yang lalu...semoga Allah mencucuri roh kedua-dua mereka...amin...).
So aku pon join laa En Roslan & Kak Wa untuk audit Zon De'Warisan...Fuhhh...sangat meletihkan rupanya buat audit nih...dah ler aku pakai high heel(takder ler tinggi sangat pon)..lenguhnya kaki....sampai rasa nak berenti duduk-duduk jap kat tembok jalan tuh...hehehehe...nasib baik laa aku nih auditor gantian jek...

Alhamdulillah...audit siri pertama telah berjaya dilaksanakan..So lepas nih kene tingkatkan prestasi untuk Zon aku yang mendapat tempat ter"bawah" sekali...ayuh kengkawan,kita bangkit berjuang...

hari nih pulak,sekali lagi aku diminta untuk mewakili bos aku untuk meeting....huhuhuu.....dah laa dapat tahu pon lagik 5 minit nak start meeting...takper laaa..takper laaaa....Hopefully lepas raya nih aku leh settlekan keje-keje aku yang masih tunggu "Q" tuh dengan pantasnya...amin.

Kegembiraan Berganda

Alhamdulillah...Berjuta-juta kesyukuran ku panjatkan kepadaNYA di atas limpah dan rahmatNYA buatku...pertama-tamanya...tanggal 19 November 2009,adalah merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-5.


Hmm...betapa cepatnya masa berlalu...semoga ikatan kasih sayang antara aku dan suami akan bertambah kukuh...amin.Tahun nih tak celebrate pon...tak kisah laaa...yang penting ingat tarikh,dah memadai..


Then,bila masuk jek opis,di kala aku tgh bersiap-siap nak gi brekpes,bos panggil mengadap.Erk...pasai apa pulak nih???aku ada wat salah ker??sepanjang perjalanan tuh hati asik dup dap dup dap jek....riso...

Bila sampai sana,bos pon ngan penuh teka teki berkata "disebabkan awak pakai baju batik pendaftar hari nih,nah saya bagi surat nih"(memang 1st time pon aku pakai baju tuh...janji ramai-ramai ngan kengkawan-sedondon gitu). So bila baca surat tuh - alhamdulillah....aku telah dianugerahkan Khidmat Cemerlang 2008.fuhhh...ingatkan apa tadik...heheheh


So keesokkan harinya,aku ngan abang din & mat deris gi laa untuk sesi bergambar kat Shah Alam..kejap sangat..Bertolak dari opis dalam kul 6.30 pagi then kul 12.15 kami dah sampai balik ke opis....pantas sungguh.


So ok laaa....setakat ini saja entrinya...sebab aku nak menyiapkan kembali tugasan yang terbengkalai ekoran switch hub opisku yang rosak minggu lepas...

Rabu, 11 November 2009

Gambar Qistina lagi...

gambar nih diambil masa gi kenduri kawen sepupu mama qis...time tuh aku suruh orang lain pegangkan syamer..heheh...qis pulak rasanya time tuh baru bangun tido...

alkisahnya majlis kawen tu dibuat kat dalam dewan...so oleh sebab orang yang hadir tu ramai but meja pulak macam kurang cukup,so bila ada jek meja kosong..aku pon terus laa mencelah..
sekali,datang sorang minah nih...rupanya tuh meja mak ngan ayah dia duduk..tak kisah laa kan sebab ada satu lagik seat yang kosong...tapi yang tak bestnya,muka minah tuh masam semacam..macam marahkan aku..agaknya dia tak suka ada orang menyelit kat meja dia..alahai..so aku dengan pantasnya makan..sampai nak tersedak2...malas lah...sendiri mau ingat laa kan...sampaikan mama qis tegur pon aku tak sempat nak balas balik...coz nak cepat2 beredar dari meja tuh....
yang aku peratikan,meja sebelah pon kaum kerabat minah tuh jugak ...dah laa macam tuh,leh plak lepak lama-lama giler kat meja tuh...weh..tak nampak ker orang lain yang ramai lagik nak makan nih???ingat kat kedai kopi ker leh lepak lama-lama sangat cenggitu??huhuhu...tension jugak ler aku dibuatnya...so untuk ilangkan tension tuh,aku pon gi cepat2 cari mama qis yang tengah makan dan ajak bergambar...heheheh




Selasa, 10 November 2009

tempek tempek gambo...

saja jek laa nak tempek gambor...sebab aku baru jek upload dari kamera kan...hehheh..so tengok jek laa ehhh...


nih kete kontrol baru syafiq...kopak mama dibuatnya..


syafiq with his new car

heheh...terserlah gigi adik mamer...now dah ada 4 btg


yeay....adik mamer dah leh berdiri..

hmm..gambar kat bawah nih masa gi Putrajaya...time tuh gi sebab nak menziarah makcik-makcik aku yang nak gi ke Mekah..tadi baru jek depa sms bagitau yang depa sihat cuma batuk jer sket...Semoga mendapat haji yang mabrur...






kenduri naik buai lagi....

haa.....kali nih kenduri naik buai untuk anak sepupu aku belah mak pulak..yang arituh sepupu belah abah...yang nih lahir on 5 Syawal 1430H.namanya Danial Rafique.firstly aku malas gak nak gi bila mengenangkan yang aku sorang jek bakal mengendalikan budak berdua tu....but mak kata..."pegi laaa.."...hmmm....
so aku tumpang kak shidah (sepupu ku).sepanjang dalam kete,syafiq ok jek sebab geng2 nya ada kan...si aqil n nurul...yang syamer lak..tak duduk diam...berpusing2....memanjat laaa...adeh...tapi ok laa...sebab tak nangis or ngamuk2...

then sampai sana kul 12.30...hahaha...time tuh mak dah risau...sbb majlis dah nak abis n lauk2 pon banyak yang dah habis...tak kisah laa...makan jek apa yang ada..janji dah datang kan??
so bila nak balik,sepupu ku nak singgah TESCO...haippp....mak aku terus dengan berat hatinya nak bagi aku ikut....erkk...kenapa???? rupanya dia kata"nanti susah nak handle budak berdua nih....nak dukung syamer lagik...nak kejar syafiq lagik..." hmm....betoi jugak tuh....so camner nih???last2 makcik ku itu menawarkan diri untuk hantar kitorang balik....alhamdulillah...

tapi sementara nak tunggu dihantar balik,letih gak aku ngejar budak berdua nih kat dalam umah tuh....hubby ku dah siap pesan.."jaga anak elok...rumah orang tuh banyak benda...pecah kang.." iyolah bang oiii....aku dah hampir2 sakit pinggang dah dok handle budak berdua nih...nasib baik masuk jek kete,terus lelap dengan jayanya.....hahahah...

ok...jom layan gambar...
ni ler dianya danial rafique.....putih cam mama ngan abahnya...

tido jek...

geng....

adik....jangan gigit henpon kak nana tu....

abang apiq tengok apa tuh???

senyum sokmo...


Kenduri naik buai & aqiqah

sebenarnya kenduri nih dah lama berlalu..tapi aku baru jek nak upload memandangkan gambar pon aku baru jek transfer ke pc..ntah lerr...sejak akhir2 nih malas sket nak snap snap gambar..maybe dah rasa makin tertekan ngan kamera tuh..hahha...bateri asik kong jek..(bila laa nak tukau kamera nih..??hubby ku kata...bukan benda penting pon.....huhuuu)

so majlis naik buai n kenduri aqiqah nih adalah untuk hani maisarah & amjad (tetiba jek aku lupa nama penuh baby nih)..dua-dua nih anak sepupu aku...sorang lahir bulan 8..sorang lahir bulan 9.. so tengok ler gambar2 nyer yerr....

amboi...suka nyer dia...

nih laa maisarah & amjad...

baik-baik....nanti jatuh


tengok tu...siap pegang angpow untuk maisarah & amjad...

haaa...semua tu bukan untuk adik mamer yerr...


abang apiq & adik mamer

Khamis, 5 November 2009

4 November 2009

Haaa......hari nih genap syamer berumur 11 bulan...lagik sebulan jek dah nak masuk setahun..hmm..tak sabarnya...masuk 11 bulan nih nampaknya dah berjalan 1..2 step..tapi takleh lawan laa ngan qhaliff anak kak emmy...heheheh....lagik pantas berjalannya..
apa pon...chaiyukkk syamer...cepat2 leh jalan...nanti senang nak gi bawak main bola..

hmm..kalo syafiq dulu...masa dia berumur setahun,kami wat kenduri doa selamat...untuk syamer nih,tak sure lagik camner...tapi rasanya kalo sambut pon,maybe just untuk family lah kot..ada gak idea nak celebrate with qis....tapi tak tau laa camner....takder mintak pendapat dari mama qis pon lagik...heheheh...lagikpon....5/12/2009 nanti dah nak pi family day kat lost world of tambun plak..so kalo celebrate on 4/12/2009,takut letih sangat laa pulak...tengok ler camner nanti....susah2 sangat...beli jek kek sebijik...heheheh...(yang sebenarnya,mama syamer yang beriya nak posing potong kek adik mamer)

Rabu, 4 November 2009

Dah 6 tahun...

sedar tak sedar.....rupa2nya dah 6 tahun aku bekerja kat sini.... alhamdulillah....
ingat lagi masa aku mendaftar diri..time tuh aku sama2 masuk keje ngan abang din n arwah kejoi...same day...3/11/2003..

aku sangat2 bersyukur dapat keje kat sini.....sebabnya???
banyak sebabnya....satunya,takder laa aku mengganggur lagik....keduanya,dekat ngan umah mak abah..heheh..senang hati laa depa bila aku ada kat depan mata...ketiga....kat sini laa aku jumpa ngan hubby kesayangan aku..heheheh....

semoga terus maju...amin..

***** tak larat nak update panjang2...tengah migrain daaa....

Isnin, 2 November 2009

Perhimpunan Bulanan - November 2009

Takder apa sangat laaa pesanan-pesanan yang disampai kan...Semua macam biasa-biasa jek..
Cuma bos suruh hafal lagu Wawasan Setia...hehhehe


BERSATU KITA WARGA UiTM
KITA BANGSA PERKASA
TAAT DAN SETIA KU UNTUK NEGARA
PENUH SEMANGAT WAJA
KITA…
JANGAN MUDAH TERLUPA
PENGORBANAN PERJUANGAN
ANAK BANGSA
KITA…
JANGAN MUDAH TERLEKA
KEMAJUAN KEAMANAN
YANG ADA
KITA….
BERTERIMA KASIH
PADA PEMIMPIN-PEMIMPIN
NEGARA
KITA
RASA PENUH BERSYUKUR
KERAHMATAN, KEMULIAAN
DARINYA
KAMILAH PENDOKONG
PEWARIS BANGSA
KAMILAH PENDAULAT
BANGSA MALAYSIA
KAMILAH WARGA
BERWAWASAN
UNTUK…..
NEGARAKU
Hafal..jangan tak hafal kome wehh...nanti bos marahhh!!!

***cantik lak gambar nih..tadi aku dah taip lirik dalam picture tuh...tapi takleh lak nak tempek kat sini..so aku ubuh gambar jek laaa..heheheh....

Khamis, 29 Oktober 2009

5S Oh 5S...

huhuhu....pening aku ngan 5S nih....
start dari minggu lepas rasanya kitorang memang pulun habih buat aktiviti and documentation
for 5S nih....hari nih,bila dah agak proper documentation dan semua2 yang aku restructure tuh,tetiba dapat berita yang PM suh rombak balik...!!!warghhhh........tension makcik macam nih..
bos aku pon baru jek lepas menjerit tension...hahahahah...

dah laa susah aku nak restructure zon-zon tuh...banyak karenah...info pon lambat jek dapat..
nih nak kena wat balik...isyh..isyh.....
bila laaa nak proper nih???

bertambah migrain lah aku tiap-tiap hari macam nih...

Berbakti Kepada Kedua Ibubapa

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Abu Hurairah r.a meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud : ”Kotor hidung seseorang dengan berlumuran tanah (maksudnya menjadi hina), kemudian menjadi hina pula, dan kemudian menjadi hina pula (hina di atas kehinaan) bagi seseorang yang sempat menemui seorang daripada kedua ibubapanya atau kedua-duanya ketika mereka sudah tua dan ia tidak dapat berbuat bakti kepada mereka yang akan melayakkannya menjadi penghuni syurga”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Keterangan
Berbakti kepada kedua ibubapa adalah merupakan perkara yang sangat dituntut oleh Islam. Allah S.W.T. Meletakkan kedudukan ibubapa di tempat kedua setelah beribadat kepadaNya seperti firman Allah S.W.T. :
Maksudnya: Dan Allah telah memberikan keputusan supaya kamu jangan menyembah kecuali hanya kepadaNya dan hendaklah kamu bebuat bakti kepada dua ibubapa.
(Surah al-Isra’ : 23)
Kedua ibubapa telah banyak bersusah payah dalam memelihara anak-anaknya. Pelbagai bentuk kesusahan dan penderitaan yang tidak dapat digambarkan dan terpaksa dilalui sepanjang proses tersebut. Pengorbanan demi pengorbanan telah dicurahkan kepada anak sehinggalah mereka membesar dengan sempurna serta menikmati kehidupan ini dengan baik. Sewajarnyalah mereka tidak melupakan bakti yang telah dicurahkan oleh ibubapa mereka. Sudah sampai masa dan ketikanya pula anak meluangkan sedikit masa untuk berbuat bakti kepada ibubapa dalam berbagai bentuk dan situasi.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
”Berbuat baiklah terhadap ibubapa kamu, pasti anak kamu akan berbuat baik terhadap kamu”.
(Hadis riwayat Hakim dan Tabrani).
Anak yang soleh sentiasa berbakti terhadap ibubapanya ketika masih hidup dan selalu berdoa untuk kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Ibubapa adalah anak kunci syurga, maka hendaklah kita jaga (awasi) anak kunci itu dan jangan sampai kita sia-siakan.
Apa yang menyedihkan kita, masih ada manusia yang tidak tahu menilai pengorbanan yang dilakukan oleh ibubapa. Penderhakaan dilakukan secara nyata dan jelas tanpa mengambil kira sedikit pun pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibubapa mereka.

Beberapa bentuk penderhakaan yang dilakukan oleh anak kepada ibubapa mereka, antaranya ialah:
1. Tidak mentaati perintah dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.
2. Mementingkan diri sendiri dan keluarga daripada mengambil tahu kehidupan ibubapa lebih-
lebih lagi ketika mereka memerlukan bantuan daripada anak.
3. Kasar ketika berinteraksi dengan ibubapa dan sering mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati
dan perasaan mereka.
4. Sampai hati menyalahkan ibubapa di atas masalah yang mereka hadapi.
5. Berasa hina dengan kemiskinan ibubapa setelah memperoleh kemewahan hidup.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata, seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku?. Baginda menjawab : Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi, kemudian siapa?. Baginda menjawab : Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi, kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi, kemudian siapa?. Baginda menjawab : Bapamu.

Dalam riwayat lain, dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku?. Nabi s.a.w. menjawab: Ibumu, lalu ibumu, lalu ibumu kemudian bapamu, kemudian yang lebih dekat dan seterusnya.

(Hadis riwayat Muslim)

Marilah kita semua bertekad dan berazam untuk meneruskan kebaktian kita kepada kedua ibubapa kita. Bagi mereka yang telah ketiadaan ibubapa, maka kebaktian disalurkan melalui doa, sedekah, melunaskan segala hutang piutang mereka dengan sesama manusia dan menjalin hubungan dengan mereka yang disukai oleh ibubapa semasa mereka hidup dahulu.. Bagi mereka yang ibubapa masih hidup, teruskan kebaktian ini dan pertingkatkan amalan tersebut sehinggalah ke akhir hayat mereka. Namun begitu pada masa yang sama sebarang bentuk penderhakaan terhadap mereka hendaklah dihindari kerana ia merupakan dosa besar selepas dosa syirik.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :

Daripada Abi Asid al-Sa’adi bahawasanya seorang lelaki berkata; ”Wahai Rasulullah, apakah ada lagi daripada sesuatu kebajikan yang perlu aku lakukan kepada ibubapaku selepas matinya?”. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud : Ya, benar!!, berdoalah ke atas keduanya dan beristighfarlah untuk keduanya, laksanakanlah janji keduanya, hubungkanlah silaturrahmi dengan orang yang pernah dihubungi oleh keduanya serta hormatilah teman-teman keduanya”.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Wallahu a’lam.

Rabu, 28 Oktober 2009

Tension!!!!!

hatiku tengah tak tenteram...serabut...takder mood...geram...dan macam-macam lagik laaa...
cuma air mata tak kuar lagik sebab rasanya still under control..

tapi..perlu ker aku rasa begini??
bukan ker aku seorang yang open minded???
but...i'm still a woman..
and as a woman...i hate all this "nonsense" thing....

I'm alone....

alahai....hari nih ku keseorangan lagik di pejabat...bos cuti...yang 2 orang lagik kursus pulak..
rasanya sejak akhir2 nih aku selalu jadik penunggu pejabat...
takper laaa...nak buat camner kan???
so hari nih aku kene wat keje-keje dalam pejabat jek laa...

ohh yerr.....kejap lagik staf dari bahagian Pelupusan HQ nak datang plak tuh...adehhh...malas betoi nak guide...lagikpon bukan bawah bidang aku tuh...
takper lah...kang aku panggil laa staf yang bertanggungjawab...heheheh....

dah..dah...gi sambung wat keje...

Isnin, 26 Oktober 2009

Tanda Harta Yang Berkat

IMAM ALI BIN ABI THALIB ADA MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W. BERSABDA,

'' APABILA ALLAH TAALA TIDAK MEMBERKATI HARTA SESEORANG MANUSIA ITU, IA DAPAT DILIHAT BAGAIMANA HARTA ITU DIHABISKAN SEUMPAMA MENAKUNG AIR DI TANAH. IA TIDAK MENINGGALKAN APA-APA KESAN SEKALIPUN.''

Perkataan air dan tanah pada hadis di atas lebih merujuk kepada perbuatan membina rumah sebagai tempat tinggal. Rasulullah s.a.w. tidak melarang umatnya membina rumah kediaman. Cuma baginda menegah umatnya membina rumah melebihi kemampuan mereka. Sebagai contoh, seseorang yang berpendapatan yang sangat kecil, tetapi membina rumah melebihi kemampuannya. Apatah lagi apabila rumah yang dibina itu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Apalah gunanya memiliki kediaman seindah istana jika penghuninya SOMBONG DAN BONGKAK. Malahan, ia tidak akan mendatangkan apa-apa feadah sekalipun kepada penghuninya. Apatah lagi feadah kepada orang-orang sekelilingnya. Jika tidak berhati-hati, kediaman yang sebegini boleh mendatangkan rasa MEGAH dan BANGGA DIRI kepada pemiliknya. Ia menyebabkan pemiliknya sombong dengan apa yang dimilikinya. Sifat sebegini tidak sepatutnya ada dalam diri setiap umat Islam. Ini kerana apa sahaja dimiliki tidak akan kekel bersama-sama kita. Apabila kita meninggal dunia kelak, semuanya akan ditinggalkan begitu sahaja, biar sebesar manapun kediaman yang kita miliki. Jika ia besar dan indah sahaja tanpa apa-apa tujuan yang bersifat Rohani dan pendidikan maka ia dikhuatiri tidak akan membantu pemiliknya di akhirat kelak.

Matlamat utama umat islam dalam mencari rezeki adalah untuk mendapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T. Berkat bermaksud apa sahaja yang kita lakukan dan yang kita kumpulkan semasa di dunia menjadi bekal keperluan di akhirat kelak. Dalam konteks ini, setiap manusia perlu seimbangkan keperluan dunia dan akhirat. Oleh itu, setiap umat islam perlu mencari keperluan hidup secara Halal semata-mata.

Salah satu petanda harta yang kita miliki itu tidak ada berkatnya adalah apabila dibelanjakan ke arah sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain.Pemiliknya mungkin membazirkan hartanya bebitu sahaja tanpa disedarinya. Harta yang berkat adalah harta yang memberikan manfaat bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada orang lain. Jika ia dibelanjakan, pemiliknya akan membelanjakan ke jalan yang baik. Ini soal berkat ataupun tidak berkat. Ia bukan soal sedikit ataupun banyak.

Rasulullah s.a.w menegah umatnya menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada pada diri mereka. Sebaliknya, baginda menggalakkan kekayaan yang ada pada seseorang itu dikongsi bersama-sama mereka yang memerlukan. Untuk itu, bagi mereka yang tergolong dalam golongan orang-orang yang berkemampuan, mereka diwajibkan mengeluarkan sebahagian daripada harta milik mereka untuk diberikan kepada golongan-golongan yang layak menerimanya. Harta-harta ini dikeluarkan dalam bentuk sedekah dan Zakat. Ini sebagai simbol membersihkan harta mereka daripada sesuatu yang Haram.

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

dapat dari email En. Roslan...

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Selasa, 13 Oktober 2009

Beraya ke Rumah Qistina..

Lah....tak abis lagik citer pasal raya????

hehehehhe...mana buleh habis.....Syawal belum sampai ke penghujungnya lagik kan??
So kali nih aku just nak tunjuk gambar masa aku gi beraya umah qistina...aku pon dah tak ingat ari apa aku pegi..tapi yang pastinya malam...dan yang bestnya,kali nih qistina dah tak takut ngan orang ramai...selalu tuh dia just ok bila pandang muka family dia jek..kali nih dah boleh laa di dukung-dukung....agah-agah....hehehe...





Isnin, 12 Oktober 2009

Sesi beraya.....3

Isnin,5/10/2009 - After Maghrib,kami gi pulak "serang" umah Pn. Salina(my boss) hmmm....nih aku ngan kak zana laa yang bertanggungjawab suruh dia wat jamuan untuk kami-kami datang beraya....heheheh..

So after Maghrib,kami bertolak.aku angkut family aku termasuk mak ngan abah..saja jek..Sampai kat sana dalam kul 8.45malam. Actually nih 1st time aku sampai kat umah Pn. Salina nih...so agak rasa teruja lah..Maklumlah..aku nih mmg suka tengok umah orang..

Antara yang ada malam tu,Kak Zana & Family,Pian & Family,Bob,Pak Din,"Kak Ani" & his wife,Sazali anak Pak Ali,En. Syaiful Bahry,Kak Teh & Abg Nan..Hmm...antara menu malam nih :
- nasi goreng cina
-ayam bakar
-lemang ngan rendang
-puding karamel
-fruit koktail
-agar-agar
-air oren & teh o

Well,malam nih syafiq lak demam..mendadak jek panasnya..So sepanjang berada kat umah Pn. Salina tuh,dia nak berkepit jek ngan aku...Jadiknya,aku pon makan ala kadar jek laa kan..tak dapek makcik nak pulun lemang...Nasib baik laa time tuh ada orang yang baik hati tulung dukung syamer....

Erkkk....kali nih tak dapat nak tepek gambar....sebabnya....aku terlupa langsung nak snap gambar..yer laa..dah kelam kabut ngan syafiq...
takper laaa..next time ok???

Sesi Beraya.....2

Jumaat 2/10/2009-lepas waktu asar tu,aku pulak buat kenduri doa selamat sket untuk Syamer..
Antara menunya :
- mi kari
- agar-agar milo
- bihun goreng
- pulut & rendang daging
- kuih2 : karipap,kaswi dan seri muka
- air panas : teh o,kopi o & air oren pic


Alhamdulillah...ramai jugak yang datang petang tuh sebab kitorang ajak opismate sekali...Full house jugak laa jadiknya kat ruang tamu tuhh...heheheh...sori kengkawan...umah ku kecik..


So,jom tengok gambar-gambarnya yerr...






Abah and the geng.....

Officemate....yang paling ramai from department hubby

Rabu, 7 Oktober 2009

Sesi beraya....1

Malam 1 Oktober 2009,kami berkunjung plak ke rumah Kak Zana dan Abang Jamal..Kira sesi beraya laa nih...Kami dihidangkan dengan KFC...My fevereto tuh...Last year pon kak zana n abang jamal hidang KFC gak..kan???besh laa camnih....

Malas nak menulis banyak-banyak...tengok jer laa gambar-gambar nih yek..

Syamer dok lepak atas riba pak din

Dok berebut nak dukung syamer...

Antara yang hadir : Syila,Kak Teh,Abang Nan & Iwa

Makan...makan...

Tukang tangkap gambar...

Kak Liza & Kak Zana (pegang Syamer)