Selasa, 27 Julai 2010

Firasatku...

Firasat tu dalam kata lainnya,naluri atau gerak hati..Tapi,boleh percaya ke pada firasat???

Sebenarnya,sejak melahirkan Syamer lagik firasat/naluri hatiku berkata bahawa untuk anak ketiga nih...aku akan dapat baby boy..Tak tau laa kenapa tapi memang gerak hati aku kuat mengatakan sedemikian...Maka bila keputusan scan semalam menjelaskan segala-galanya,aku tak terkejut pon...Sebab aku dah jangka...

Nak tau apa keputusannya???? heheheh...Tunguuuu....cam tak best lak nak war war kan dari sekarang...nanti tak surprise...(~_^)

Apa-apapun...aku mengharapkan baby nih selamat dan sihat walafiat...Amin.

***Tengah sibuk mencari nama untuk adik Syafiq n Syamer...Any suggestion..?Kalau boleh nak start with Sya jugak...

Check up

Semalam tiba-tiba jek hubby ajak gi check up kat klinik panel...So dalam kul 10 pagi kami pon sampai kat klinik tu....Ya Allah...ramainya...sememangnya klinik tuh memang sentiasa ramai ngan pesakit yang ingin dapatkan rawatan..Aku dapat no. 24...Masa tuh kat dalam bilik doktor baru jek no. belas-belas..

So tunggu punya tunggu,akhirnya tiba giliran kami...Bila scan,doktor Yasmin bagitau yang kedudukan uri agak ke atas...Oleh sebab itu,baby sekarang dalam keadaan songsang..So keadaan itu menyebabkan aku akan sentiasa rasa sakit/senak..Ooo..patut laa kebelakangan nih aku sokmo sakit perut/senak yang kuat....

Doktor gak nasihatkan aku supaya tak buat keje yang lasak2..cthnya macam angkat berat,mop lantai dll...Sebab dalam keadaan cenggini,bila-bila masa jek aku bleh bleeding...huhuhu...Makna katanya aku kene banyak rest laaa....Disamping itu,aku jugak kene kurangkan stress....Sebab bila stress,aku akan diserang migrain dan jugak gastrik.Makna katanya aku kene banyak rest laa..Aduhai..bleh ker ekk???

Harap-harap tahap kesihatan aku tak semakin teruk...Semoga aku diberikan semangat dan kekuatan untuk aku mendidik dan menjaga Syafiq dan Syamer...Semoga stress aku jugak akan berkurangan..Amin.

Rabu, 21 Julai 2010

Pelangi


*** aku tengah dalam mode busy...wat report jap

Selasa, 20 Julai 2010

Makan,makan dan makan

Sejak akhir-akhir ni aku asyik mengunyah jek...Kat opis pon memang banyak bekalan untuk sesi kunyah mengunyah...heheh...mana tak naik berat kalo cenggini jek hari-hari..

Dah ler anak-anak aku pon makin bolat belaka...Diorang pon tak habih-habih pikir pasal makan jek..Kadang-kadang aku lak risau tengok diorang asyik makan jek..Bila tengok perut Syamer,lagik laa...Bolat semacam jek...Kalo pakai baju,sure sendat tang perut...hahaha...


Hmm..sejak semalam jugak,tetiba aku rasa cam nak makan kuih tart nenas...Errr..yang gulung tuh laa..Walhal sebelum nih aku bukan suka sangat makan kuih tart nih...nak tunggu raya,lambat lagik ler nampaknya baru dapat merasa....aduhai...

Isnin, 19 Julai 2010

Jumaat yang Berkat

Pagi ini aku terima email ni dari hubby ku...memang agak tersentuh bila membacanya..
So sebab tu aku ingin kongsikan disini..

Pagi Jumaat....

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menrehakan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah.Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam,hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" pada tangannya.Dia merasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.Apabila sampai sahaja anak itu di rumah,lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.Mukanya suram dan sedih. "Nak,apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik,maaf saya mengganggu,saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah" Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi"


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" katanya dalam nada yang lembut.


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula,seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada siapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.Saya tidak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.Untuk pengetahuan anda,sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini". Airmata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas,saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali.Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni.Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.Apabila tiba saat saya untuk terjun,tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.Saya tunggu sebentar,pada anggapan saya,siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. kemudian ia berbunyi lagi.Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi"


"Saya bertanya sekali lagi.Belum pernah pun ada oarang yang tekan loceng ini setelah sekian l;ama.lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus ke pintu"


"Seuur hidup saya belum pernah melihat anak yang comel itu.Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik,maaf saya mengganggu,saya hanya ingin menyatakan yang ALLAh amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" tulah kata-kata yang paling indah saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula di tempat asal mereka.Saya tidak perlukan itu lagi"


"Lihatlah,sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia,yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu,tentunay roh saya ini akan berada selam-lamanya di dalam neraka."


Tiada satu [un anak mata di masjid itu yang masih kering.Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini.Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAh kepada makhlukNYA yang penyayang.


Jumaat, 16 Julai 2010

Mengingati mati


Sebagai umat Islam,kita dituntut untuk sentiasa mengingati mati..Aku pon sentiasa mengingati mati..Iyer laa...bagaimana kalau ditakdirkan aku "pergi" masa proses kelahiran nanti??Kemungkinan tu tetap ada kan...?
Kesian kat anak-anak...Hmm...tak mampu nak bayangkan..
Harap2 semuanya selamat dan berada dalam lindungan Allah...Tolong doakan untuk aku yer...




Khamis, 15 Julai 2010

Dah selesai...

Alhamdulillah....exam PTK untuk kertas umum dan khusus telah selamat diduduki...Soklan this year agak berbeza dan sudah semestinya susah..

Just wait laaa resultnya nanti.....Huhuhu...

Rabu, 14 Julai 2010

Bela ikan

Balik tengahari tadi,nampak Syafiq tengah sibuk beli ikan dari umah jiran sebelah..Ikan pillay(betul ker ejaan camtu?) Alahh..ikan yg kecik2 tu...yang suka lawan-lawan tu...

Actually Syafiq memang suka kat ikan-ikan nih...Last year kitorang ada bela ikan kelisa dan ikan hiasan...Tapi dek kesibukan ayahnya ngan kelas n exam time tuh,maka ikan-ikan tu terbiar...Akibatnya,ikan tu pon mati satu persatu...Until now,akuarium tuh terbiar jek..Nak harapkan aku yang jaga???HUishhh...Mintak mahap yerr...

Hahaha....so tadi excited sungguh Syafiq bila berjaya memilik ikan-ikan kecik tuh..Hmm..tak kisah laa..lagikpon rasanya tak lama nyawa ikan-ikan tu...

Selasa, 13 Julai 2010

Esok nak exam...Dah bersedia??

Hoho....14 & 15 Julai nih aku exam PTK...Dah ersedia ker blom??
Rasanya tahun nih laa yang paling aku tak prepare langsung...
mana taknya,baru jek bukak buku Perintah Am tu....baca selai dua,dah ngantuk tahap gaban punyer....huhuhu....
Pastuh bila tengah semangat nak baca buku,Syamer lak datang belek2 buku sama...
hahaha...last2 tutup buku terus...takyah baca....

takper laaa...try jer laa jawab esok...Kalo takleh,nak wat camner..memang salah diri sendiri kan??

Pagi yang penuh semangat

Alhamdulillah.....pagi nih datang ke opis dengan semangat yang tinggi...memandangkan kerja-kerja pun banyak,so semuanya dapat diselesaikan dengan pantas.

Pagi nih jugak hubby ku balik ke sana...Tapi kali nih Syamer siap bangun skalik...nak menyibuk hantar ayah dia balik...huhuhu...Nasib baik laa dia tak meraung sebab masa tu kebetulan abah dukung dia bawak masuk dalam bilik..So dia tak nampak ler ayahnya naik kete..kalau nampak,rasanya menjerit sakan..yang Syafiq lak langsung tak sedar..Tido lena..

Dan alhamdulillah..hubby ku pon dah selamat sampai ke sana..Thanks bebanyak sebab balik jugak minggu nih..

Jumaat, 9 Julai 2010

Rindunyer....

Kenapa ekk....tetiba rasa cam rindu jek..Rindu sesangat..dan tetiba jugak rasa cam missing something/someone...

Mungkin gak sebab 2..3 hari nih aku asik migrain jek...dah tuh pulak stress ngan nak study nyer lagik...bila dah sakit kepala,camner nak baca buku kan???


Err...rasa cam nak suh hubby balik minggu nih....huwaaaa.....
**** huk huk..rasa nak menitik air mata (memang dah menitis pon...nasib baik aku sensorang kat opis) bila hubby tanya -> "nak abang balik ker?"

Rabu, 7 Julai 2010

Buku ~ Jom membaca

Aku sebenarnya seorang kaki buku....Antara kategori buku yang paling aku suka dah tentulah novel...Sejak dari zaman belajar lagik dah aku suka membaca novel nih..So ianya masih berterusan hingga kini...Cumanya,sejak dah kawen n ada anak nih...aku dah makin jarang-jarang beli buku...

So bila dapat tau jek ada Pesta Buku Selangor kat Kompleks PKNS,aku pon dah siap listing buku apa nak beli...Last year pon ada berpeluang memborong time Pesta Buku Selangor jugak...Masa tu kebetulan aku gi kursus kat sana...tahun nih pulak,dah tentunya lah kerahan tenaga kat incik hubby....heheheh...

Makanya berhasillah aku beli 5 buah buku dari Jemari Seni Publishing : Sweet Sour,Jaja & Din,Untuk Awak Teja Aulia,Seikat Kembang Merah dan Melur Bunga Ivy..Cuma satu buku dari Alaf21 jek yang tak berjaya dibeli iaitu Cinta Sufi-Ramlee Awang Murshid sebab masa tuh dah kehabisan stok..Takper laaa...

Tak ketinggalan buku-buku untuk Syamer dan Syafiq....Syamer pon dah start menunjukkan minat-minat membaca buku...

Thanks to "abang" sebab tolong belikan buku-buku tu...

Selasa, 6 Julai 2010

Shopping

Wahh....bestnya bila gi shopping...Almaklum laaa...dah lama aku tak gi shopping nih...Sebenarnya aku nih dulu boleh dikatakan kaki shopping jugak....Tapi semenjak dah kawen dan ada anak nih,aku dah berjaya mengurangkan sikit demi sedikit tabiat suka berbelanja nih..Tentunya dari hasil sokongan incik hubby....

Yer laaa....bila nak gi shopping,kene guna fulus...So bila dah ada anak-anak,komitmen ke arah lain tuh lebih besar..Maka utamakan ler yang penting dulu..

Ehh..apa yang aku melalut nih??
Hmm..untuk tahun nih,memang aku dah bagitau kat incik hubby,aku nak gi beli baju bebudak nih awai2...sebab nanti takut tak larat dah...

So minggu yang baru nih,hubby pon bawak ler kitorang semua ke Greentown Mall...Kebetulan lak tengah sales 50%...So terus ler merembat baju Syamer ngan Syafiq...Tapi....tak dapat nak fokus or kosentrate sangat pon...Mana taknya,sibuk ngejar budak berdua tuh laaa...Incik hubby pon dah bising,suruh cepat...Takyah pilih-pilih sangat....Huhu...nih yang makcik bengang nih..
Hasilnya,dapat laa sambar 4 helai kemeja untuk diorang berdua n seluar 2 helai utk Syamer...Untuk aku lak,aku beli baju kurung dah siap jek...senang citerr...Untuk incik hubby???Tunggu jek laaa round kedua nanti....heheheh...

Khamis, 1 Julai 2010

Bangun tengah malam

Sejak akhir-akhir nih,Syamer suka betul terjaga tengah malam atau sebelum subuh..Masalahnya,dia bukan nak cari susu....Tapi dia akan ajak aku ke peti ais..
Dia nak minum air sejuk....alahai...Selagi tak bagi,selagi tu laa dia akan merengek...

So selalunya aku akan bagi laa dia minum sikit...Lepas dah minum tuh,kadang-kadang dia mau tidur terus...Kalo tak,dia suruh bukak tv...takpon dia suh ambikkan permainan...
Huhuu...lotih makcik camnih kalo tetiap malam...

Dah ler sekarang nih asal dia nangis jek,memang terus full volume...Kadang-kadang kalo dia terjaga time aku tengah solat subuh pon,memang meraung punya laa...Siap keluar air mata lagik..Hmm....padahal masa kecik-kecik dulu orang dok bising...Awat laa tak dengar2 Syamer nangis...So skang nih,bila-bila masa leh dengar dia melalak ok!!

****Apsal tak leh upload gambar lak ni??