Selasa, 13 April 2010

Kursus Setiakawan

Pada 10 hingga 11 April 2010,telah berlangsung Kursus Setiakawan di opisku secara in-house training..Kursus nih more to aktiviti berkumpulan indoor n outdoor..

Seramai 48 orang staf telah menghadirinya.Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan aku telah ditempatkan di Kumpulan 4 bersama-sama dengan Syila,Safa,Pak Din,Ghazali,En. Syaiful(team leader),Abg. Jamal,Nazri,Razali,Abg. Bad dan Abg. Kamal.

Untuk aktiviti outdoor,antara aktiviti yang dijalankan ialah Meniti Jambatan kayu,menyeberangi titian tali,pelancaran roket serta menaikkan bendera menggunakan batang paip dan tali rafia.

Untuk aktiviti indoor pula,banyak kepada game yang menguji minda..Menariknya,kami sering disajikan dengan tayangan audio visual yang menarik. Dalam pada masa yang sama,kami turut didedahkan dengan skim ganajaran berbentuk matawang KUSH. ntuk permulaan,setiap kumpulan diberi 30,000 kush.Bagi setiap cabaran yang dimenangi,kumpulan akan menerima kush.Namun,jika melakukan kesalahan,kush akan ditarik balik.

Di penghujung kursus,Kumpulan 2 telah memenangi pertandingan dengan mengumpul kush yang terbanyak diikuti kumpulan 1,Kumpulan 4 dan akhir sekali kumpulan 3.

Apapun,kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah mencapai objektifnya dalam mewujudkan semangat berpasukan di kalangan staf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan