Rabu, 7 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya 2009

Pada 1 Oktober 2009,opisku telah mengadakan Jamuan Hari Raya bagi meraikan staf-staf dan juga pekerja-pekerja kontrak yang terdapat di sekitar kawasan opis.Turut dijemput ialah pegawai-pegawai dari badan kerajaan dan Pengetua sekolah-sekolah di kawasan kami ni. Jamuan telah diadakan di Depoh Kenderaan.
Untuk kali ini,unit aku dan asrama telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan lemang dan jugak rendang daging..

Tengah nak hidangkan rendang...

Antara menu yang terdapat ialah :

-Lemang & Rendang

-Laksa

- Mi kari
- Sate
- Bihun Goreng
- Nasi Impit dan Kuah Lontong
- Rojak buah
- Buah tembikai
- Roti Jala & Kuah Kari
- Cendol
- Teh susu & Air Sirap
- kuih-kuih raya


Fullamaakkk....banyaknya makanan... Disebabkan makanan yang terlalu banyak dan jugak faktor aku tengah tak sihat,so aku jamah sket2 jek laaa...

Posing dulu....

Sedondon

Bos,hubby dan En. Azahari

Sebahagian dari staf...

Staf Unit Fasiliti
Kontrol ayu.....

Petangnya pulak,kami yang pompuan2 nih kene laa ambik turn basuh pinggan dan jugak tray tadik..hehehehe...Manakala yang lelaki,kene kemaskan semua meja-meja dan kerusi.

Apa pon, jamuan kali nih memang best lah....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan